Nur Najiha Ketika Anugerah Tunas Harapan 2009 (Gambar 14 Oktober 2010)
Keputusan cemerlang itu merupakan kejayaan berganda buat atlet berusia 12 tahun itu yang menyumbang pingat gangsa kepada negara menerusi acara catur campuran standard individu dalam temasya sukan itu semalam.
Ibu kepada Nur Najiha, Zazaluma Harun, 43, berkata dia sudah menjangkakan kejayaan anak ketiga daripada empat beradik itu memandangkan pencapaian konsisten anaknya dalam beberapa siri ujian sebelum ini.
Namun sebagai ibu, dia sentiasa mengingatkan Nur Najiha supaya belajar bersungguh-sungguh dan bijak membahagikan masa antara pelajaran dan pembabitannya dalam sukan catur yang diceburi sejak usia enam tahun.
"Saya yakin penglibatannya dalam sukan catur yang memerlukan kemahiran dan perancangan banyak membantunya supaya lebih fokus dalam pelajaran," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Zazaluma berkata anaknya, yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Saujana Utama di sini, berhajat menyambung persekolahan di Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor dan bercita-cita menjadi seorang doktor.
Dia berkata keputusan UPSR itu telah dimaklumkan kepada anaknya melalui panggilan telefon pagi ini dan Nur Najiha menerimanya dengan gembira. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment