KOTA
KINABALU, 17 Nov (Bernama) -- Para pendidik disaran mendalami dan mengamalkan
konsep 1Malaysia serta menjadikannya sebahagian daripada kehidupan mereka.

Katanya ini termasuk melahirkan generasi muda yang berilmu
dan berdaya saing serta mempunyai jati diri bangsa yang setia.
Yee berkata para pendidik bukan sahaja wajib mempunyai ilmu
pengetahuan dalam mata pelajaran yang diajar setiap hari kepada murid-murid
tetapi juga mempunyai ilmu pengetahuan yang lain termasuk dasar kerajaan dan
isu semasa.
"Ini penting, kerana tanpa kita faham suatu dasar
kerajaan yang hendak dilaksanakan, kita tidak boleh memberi kefahaman kepada
murid-murid termasuk konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya ketika berucap pada majlis perasmian
program Bicara 1Malaysia (Sekolah Vernikular) anjuran Jabatan Penerangan Sabah
di sini Khamis.
Yee berkata penganjuran program itu tepat pada masanya
terutama membantu para pendidik menambah sedikit sebanyak maklumat berkaitan
konsep 1Malaysia yang antara lain mengutamakan perpaduan.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment