Powered by Blogger.

Sunday, November 20, 2011

Pelajar Perempuan Dinasihat Tidak Main Air Banjir Elak Lintah Masuk Alat Sulit

  NR       Sunday, November 20, 2011

HUSSAIN (tiga dari kiri) bersama pegawainya melawat pelajar SMK Penambang, Nor Fazira Ahmad Suhaimi yang menjalani peperiksaan SPM di HPRZ II akibat dijangkiti demam kepialu di Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU – Pelajar perempuan di negeri ini dinasihatkan supaya tidak 'ghairah' bermain dan mandi air banjir bagi mengelakkan berulangnya kes lintah memasuki alat sulit seperti yang dilaporkan tahun lalu.

Pengarah Pelajaran Negeri Hussain Awang berkata, pada musim banjir tahun lalu, seramai 13 orang pelajar perempuan di negeri ini yang bermain dan mandi air banjir telah dimasuki lintah dalam alat sulit mangsa.

“Jadi saya ingin menasihatkan pelajar perempuan supaya tidak bermain banjir bagi mengelak kejadian 
serupa berulang kerana ia boleh mengancam nyawa mereka akibat pendarahan dalaman,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini semalam.

Terdahulu beliau bersama pegawainya serta pegawai perhubungan awam HPRZ II, Zaid Ahmad meluangkan masa melawat tiga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terpakasa mengambil peperiksaan di hospital akibat masalah kesihatan.

Kosmo Online: 15 November 2011
logoblog

Thanks for reading Pelajar Perempuan Dinasihat Tidak Main Air Banjir Elak Lintah Masuk Alat Sulit

Previous
« Prev Post

No comments: