Powered by Blogger.

Sunday, November 20, 2011

Tiada Hasrat Isytihar Bankrap Terhadap Peminjam PTPTN

  NR       Sunday, November 20, 2011

TEMERLOH - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), tidak berhasrat mengambil tindakan bankrap terhadap peminjam ingkar sebagai langkah terakhir memaksa mereka membayar kembali pinjaman.

Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, tindakan itu tidak boleh diambil kerana jumlah pinjaman dibuat tidak mencecah RM30,000 mengikut Akta Kebankrapan.

Menurutnya, rata-rata jumlah pinjaman antara RM15,000 hingga RM25,000.

“Tindakan mengisytiharkan bankrap adalah tidak wajar, dan langkah terakhir menyenaraihitamkan nama mereka dengan Jabatan Imigresen, sekali gus mereka tidak boleh ke luar negara.

“Tindakan itu dilihat lebih berkesan apabila mereka sanggup berunding dan menyelesaikan hutang bagi membolehkan mereka ke luar negara,” katanya selepas merasmikan Mini Karnival Dewan Undangan Negeri (Dun) Jenderak dekat Kuala Krau, di sini.

Ismail berkata, PTPTN akan terus mengambil langkah merayu supaya mereka menjelaskan semula hutang berkenaan dan hanya me-ngambil tindakan saman sebagai langkah terakhir, jika mereka masih berdegil.

Sehubungan itu, beliau meminta peminjam supaya datang berunding dengan PTPTN, bagi mengelak mereka dikenakan tindakan mahkamah.

“Jika disaman mereka juga yang rugi kerana terpaksa membayar cas lapan peratus berbanding satu peratus dikenakan mengikut sistem ujrah jika mereka datang berunding dengan PTPTN dan membayar mengikut jadual,” katanya.


- SH
logoblog

Thanks for reading Tiada Hasrat Isytihar Bankrap Terhadap Peminjam PTPTN

Previous
« Prev Post

No comments: