Powered by Blogger.

Wednesday, November 23, 2011

Pihak sekolah tidak boleh 'tapis' wang

  NR       Wednesday, November 23, 2011

KAJANG: Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi menegaskan wang bantuan khas RM100 perlu diagihkan kepada setiap ibu bapa pelajar, termasuk sekolah swasta yang layak tanpa sebarang pemotongan oleh pihak sekolah.

Timbalan Perdana Menteri berkata sebagai sekolah yang bertanggungjawab, pihak berkenaan perlu mematuhi arahan Kementerian Pelajaran bagi memastikan pemberian bantuan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada pembentangan Belanjawan 2012, bulan lalu dapat dinikmati rakyat.

“Setiap pelajar yang ada dalam sistem pendidikan negara sama ada sekolah kerajaan mahupun swasta layak menerima bantuan RM100 dan sekolah dibayar sejumlah peruntukan berdasarkan jumlah pelajar. tanggungjawab guru, jangan soal, bagi RM100 kepada setiap pelajar atau ibu bapa, itu saja.

“Saya dah (sudah) beritahu dan bagi arahan jangan ada potongan, jangan buat tafsiran pelbagai, serah dulu RM100, kalau ada cita-cita lain nak bagi kepada PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) atau nak buat itu ini, itu soal kedua,” katanya pada sidang media di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Putra, Bandar Seri Putra, dekat sini, semalam.
logoblog

Thanks for reading Pihak sekolah tidak boleh 'tapis' wang

Previous
« Prev Post

No comments: