Pengurus bahagiannya, Edmund Low, berkata ketika ini, Popular mempunyai sembilan kedai di Sarawak dan Sabah.
"Kedai di pusat membeli belah Tun Jugah di sini adalah yang terbesar. Kami akan membuka kedai baharu di kompleks membeli belah baharu di sini tahun depan," katanya pada taklimat media selepas kunjungan ke kedai buku yang baru diubah suai itu di pusat membeli belah Tun Jugah, di sini, Isnin.
Low berkata bagi tempoh jangka panjang, syarikat itu akan mengkaji kemungkinan membuka gedung mega di Sarawak.
"Kemungkinan besar dalam tempoh tiga tahun akan datang kerana kami menjangkakan peningkatan penduduk serta pertambahan ruang perniagaan di Kuching City, yang berlaku pada masa itu atau selepasnya," katanya.
Beliau berkata untuk membuka sebuah gedung mega, 30,000 ruang kaki persegi diperlukan dan tidak banyak komplek perniagaan mempunyai ruang itu.
"Faktor penduduk perlu diambil kira. Penduduk berjumlah sekurang-kurangnya satu juta di lokasi strategik diperlukan untuk mengusahakan sebuah gedung mega," katanya.
Ketika ini, Popular mempunyai empat gedung mega di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru.
Beliau berkata Popular membelanjakan RM3.5 juta bagi pengubahsuaian kedainya di pusat membeli belah Tun Jugah dan pembelian stok buku.
"Pengubahsuaian bermula pada Ogos dan pelancaran awal dilancarkan pada 23 Sept.
"Selepas pengubahsuaian selesai, ruang lantai meningkat kepada 12,000 kaki persegi daripada 5,000 kaki persegi," katanya.
Pembukaan besar-besaran dijadualkan Khamis ini.
Popular ditubuhkan pada 1984 dan mempunyai 67 kedai di seluruh negara.
Malaysian Book of Record mengiktirafnya sebagai rantaian kedai buku terbesar di negara dengan lebih 600,000 kaki persegi ruang runcit.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment