Powered by Blogger.

Tuesday, November 22, 2011

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) Menilai Prestasi Murid

  NR       Tuesday, November 22, 2011

KUALA LUMPUR – Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) adalah untuk menilai perkembangan prestasi murid dan tidak timbul soal ketidakadilan kepada sekolah luar bandar berbanding sekolah di bandar, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.
Katanya SAPS merupakan sistem analisis data standard yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran yang menilai dan mengikuti prestasi pelajar sekolah tanpa mengira sama ada sekolah itu di bandar atau di luar bandar.
“Ia bukan bertujuan mengukur pencapaian sesebuah sekolah sebaliknya berfungsi untuk mengesan kelemahan murid bagi mengatasi kelemahan berkaitan pelajaran yang dihadapi murid di sesebuah sekolah seawal yang mungkin,” katanya ketika menjawab soalan Che Uda Che Nik (Pas-Sik) di Dewan Rakyat Selasa.
Mengenai capaian internet di sekolah luar bandar yang membebankan guru-guru untuk aplikasi SAPS, Mohd Puad berkata kementerian berusaha menyediakan tiga hingga lima buah server di setiap sekolah.
“Dan bagi mengurangkan tekanan kepada guru semasa proses pengisian markah peperiksaan, guru-guru hanya perlu mengisi sistem SAPS setahun dua kali sahaja iaitu bagi markah peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun,” katanya.
Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan)mengenai peruntukan kepada sekolah luar bandar untuk mengadakan kelas tuisyen, Mohd Puad berkata kementerian ada menyediakan peruntukan untuk kelas tuisyen di sekolah luar bandar. – BERNAMA
logoblog

Thanks for reading Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) Menilai Prestasi Murid

Previous
« Prev Post

No comments: