Powered by Blogger.

Thursday, November 03, 2011

Terima Kasih Cikgu Daripada Murid Tahun 6

  NR       Thursday, November 03, 2011

Shafi Manan (dua dari kiri) menyampaikan sijil kepada seorang murid sempena Majlis Graduasi Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Kangkar Tebrau, baru-baru ini.


JOHOR BAHRU 2 Nov. – Tiada ungkapan yang lebih bermakna bagi seorang guru melainkan ucapan ‘terima kasih’ yang datang sendiri daripada anak murid masing-masing.

Bagi Amirul Ekmal Jalalludin, jasa dan pengorbanan para guru yang selama ini mengabdikan diri mereka untuk mendidik anak bangsa di Sekolah Kebangsaan (SK) Kangkar Tebrau ini merupakan pengorbanan yang tidak ternilai.

‘‘Tidak ada apa yang kami mampu beri bagi membalas jasa dan pengorbanan para guru melainkan ucapan terima kasih yang ikhlas dari hati kami.

‘‘Selama enam tahun para guru tanpa jemu mendidik dan mengajar kami dan sudah tentulah kami sebagai murid wajar berterima kasih kepada mereka,” katanya.

Najwa Shafi pula berkata, majlis graduasi itu amat bermakna kepada semua murid kerana dapat meraikannya bersama rakan-rakan dan para guru buat kali terakhir.

‘‘Sebak hati saya ketika bersalaman dengan kesemua guru kerana sedih akan berpisah dengan mereka selepas ini.
‘‘Kami harap hubungan kami dengan semua guru akan terus terjalin sampai bila-bila,” katanya dalam nada sebak.

Sementara itu, Naib Yang Dipertuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah, Shafi Manan menasihatkan semua murid agar terus belajar bersungguh-sungguh pada masa hadapan supaya dapat berbakti kepada bangsa, agama dan negara.
logoblog

Thanks for reading Terima Kasih Cikgu Daripada Murid Tahun 6

Previous
« Prev Post

No comments: