Penemuan mayat kanak- kanak malang itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Madang Usat.
Ditanya samada ramalan bomoh yang mengatakan mangsa jatuh ke dalam sungai berkemungkinan benar, Madang, bagaimanapun, enggan memberi sebarang komen maupun menjawab spekulasi terbabit.
Mayat kanak- kanak malang itu, katanya, masih berada di rumah mayat Hospital Bintulu untuk bedah siasat.
Penemuan mayat Siti Nor Hajar turut disahkan sendiri oleh ibunya, Suriana Yunus yang turut berada di rumah mayat hospital berkenaan bersama- sama kaum keluarga dan sanak saudaranya.
Menurutnya, sebaik sahaja selesai proses bedah siasat, jenazah anaknya itu akan dibawa pulang ke rumah keluarganya di Kampung Baru Laut, Bintulu untuk urusan pengkebumian.
Siti Nor Hajar dilaporkan hilang semasa bermain semasa bermain bersama- sama adik lelakinya, Mohd Fadzley, saudara dan rakannya berdekatan kediaman keluarganya di Kampung Baru Laut dekat sini, Ahad lalu.
Pelbagai usaha dan ikhtiar telah dilakukan termasuk menggunakan khidmat bomoh selain laporan polis telah dibuat bagi menjejaki kanak- kanak perempuan berumur enam tahun itu dimana kehilangannya hanya disedari oleh ibunya, kira- kira jam 7 malam apabila mendapati kelibat anak perempuannya itu tidak kelihatan menyebabkan beliau menanyakan perkara tersebut kepada Fazdley.
Gerakan dan usaha mencari Nor Hajar turut dipergiatkan dengan bantuan anggota Pasukan Gerakan Marin(PGM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu dengan tumpuan di sekitar kawasan kali terakhir kanak- kanak tersebut dilihat selain di sekitar sungai berdekatan.
Malah, pihak polis turut mengedarkan gambar foto kanak- kanak malang itu di beberapa lokasi strategik seperti pusat bandar, premis perniagaan termasuk memaklumkan mengenai berita kehilangannya di balai polis berdekatan.
- Sarawak Update, 02-11-2011
No comments:
Post a Comment