Powered by Blogger.

Thursday, November 03, 2011

Wujudkan Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan di Sarawak - KGBS

  NR       Thursday, November 03, 2011

KUCHING: Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) menggesa Kementerian Pelajaran Malaysia agar mewujudkan Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan (PLGDP) di negeri ini sama seperti di Semenanjung Malaysia.
 
Yang Dipertuanya Ahmad Malie berkata, ia bagi menampung keperluan dan melatih guru-guru dalam perkhidmatan di negeri ini.

“Gesaan ini kami lihat amat diperlukan kerana ia relevan demi tuntutan dan keperluan perkhidmatan perguruan di Sarawak pada masa kini.

“Dengan adanya PLDGP ini di Sarawak ia merupakan langkah terbaik kementerian untuk memperkembangkan tahap profesionalisme guru,” katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Menurut Ahmad, ia melalui sama ada pelaksanaan latihan atau kursus kepada guru-guru yang berkhidmat di Sarawak.
Beliau berkata, pada masa yang sama ia membawa impak positif dari segi per-untukan dan kewangan bagi mengendalikan latihan dan kursus.

“Ia pasti memudahkan pembabitan guru-guru dari Sarawak berbanding menghadiri sesuatu latihan dan kursus di Semenanjung Malaysia.

Ahmad berkata, pengwujudan PLGDP di Sarawak juga kini semakin relevan dengan melihat kepada senario pada masa kini.

“Guru-guru kerap dipanggil kursus dan menjalani latihan tertentu demi memenuhi tuntutan transformasi pendidikan yang telah digagaskan oleh kementerian,” tegasnya.

Berdasarkan faktor-faktor itu kata beliau, KGBS amat mengharapkan agar Kementerian Pelajaran dapat mempertimbangkan gesaan berkenaan dengan sewajarnya.

Beliau menambah, ia demi faedah dan manfaat guru-guru yang berkhidmat di Sarawak khususnya dan seluruh warga guru di negara ini amnya.

- UB

logoblog

Thanks for reading Wujudkan Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan di Sarawak - KGBS

Previous
« Prev Post

No comments: