Powered by Blogger.

Monday, December 12, 2011

Bapa Dapat Diploma Tidak Malu Sertai Anak Belajar di Kolej Cybernatics

  NR       Monday, December 12, 2011

KUALA LUMPUR 10 Dis. - Gelaran Datuk serta perniagaan yang dimiliki tidak membataskan usaha seorang usahawan untuk mendapatkan segulung diploma dari Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics.

Datuk Said Nazar Abu Bakar (gambar), 40-an, yang hanya lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak malu menyertai anaknya belajar di kolej itu sehingga berjaya memperoleh Diploma Eksekutif Pengajian Perniagaan pada majlis konvokesyen kolej itu di sini hari ini.

Kata usahawan itu, sedari dahulu beliau memang berhasrat menyambung pelajaran, namun kemiskinan keluarga menghalang cita-cita itu.

"Saya berasal dari kampung, keluarga tidak mempunyai wang untuk menghantar saya ke universiti. Namun, berkat usaha gigih saya akhirnya berjaya meneruskan hasrat itu," katanya yang menerima Anugerah Graduan Cemerlang.

Beliau merupakan antara 1,000 graduan kolej itu yang menerima diploma masing-masing pada majlis konvokesyen berkenaan.

Menurut Said Nazar, beliau tidak pernah berasa malu untuk bergaul dengan penuntut yang jauh lebih muda, malah banyak berkongsi ilmu serta pengalaman mengenai selok-belok perniagaan bersama rakan-rakan sekuliah.

Beliau merancang meneruskan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang perniagaan bagi meluaskan lagi ilmunya dalam bidang itu.

- Utusan
logoblog

Thanks for reading Bapa Dapat Diploma Tidak Malu Sertai Anak Belajar di Kolej Cybernatics

Previous
« Prev Post

No comments: