Powered by Blogger.

Monday, December 19, 2011

6,866 Sertai Program Latihan Perfileman Melalui DFN Bermula 2006 - Okt 2011

  NR       Monday, December 19, 2011

KUALA LUMPUR – Seramai 6,866 peserta mengikuti program latihan perfileman membabitkan 239 aktiviti melalui pelaksanaan Dasar Perfileman Negara (DFN) bermula 2006 hingga Oktober 2011, kata Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D’Cruz.
Beliau berkata, aktiviti yang dianjurkan kementerian melalui agensi seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Filem Negara Malaysia (FNM) itu adalah antara inisiatif kerajaan dalam usaha memasyarakatkan DFN seterusnya memajukan industri perfileman negara.
“Antara aktiviti yang dijalankan ialah penganjuran bengkel kemahiran perfileman, forum, dialog, tayangan dan sebagainya,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Dr Firdaus Abdullah di Dewan Negara hari ini.
Dr Firdaus bertanya mengenai usaha kementerian dalam memasyarakatkan DFN supaya difahami semua lapisan masyarakat kerana ia satu dasar penting dan perlu difahami semua pihak.
D’Cruz berkata, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim meletakkan industri perfileman negara sebagai satu Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk semua 18 agensi di bawah kementerian dalam usaha memartabatkan industri itu.
Kepada soalan asal Dr Firdaus berhubung langkah untuk menilai kembali dan memperkasa DFN, D’Cruz berkata, beberapa strategi dan pelan tindakan yang komprehensif dirangka melalui Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN).
“DIKN akan menjadi satu dasar induk yang akan menetapkan prinsip asas berhubung pembangunan industri kreatif negara dalam memastikan bidang berkenaan mampu menyumbang kepada pembentukan negara yang dinamik dan progresif mengikut acuan kita sendiri,” katanya. – BERNAMA
logoblog

Thanks for reading 6,866 Sertai Program Latihan Perfileman Melalui DFN Bermula 2006 - Okt 2011

Previous
« Prev Post

No comments: