Powered by Blogger.

Thursday, December 22, 2011

850 Pelajar Baru Politeknik Kota Bharu Kok Lanas Lapor Diri

  NR       Thursday, December 22, 2011

Sebahagian pelajar lepasan SPM melapor diri bagi mengikuti pengajian peringkat diploma intergrasi di Politeknik Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini.


KOTA BHARU 20 Dis. - Seramai 850 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sijil politeknik dan kolej komuniti telah melapor diri bagi mengikuti pengajian peringkat diploma integrasi sesi Disember 2011 di Politeknik Kota Bharu (PKB) Kok Lanas di sini bermula Ahad lalu.

Sesi pendaftaran yang berlangsung di Dewan Jubli Perak, dimulai dengan pelajar lepasan SPM seawal 8 pagi, diikuti pelajar lepasan sijil politeknik dan kolej komuniti bermula pukul 10.30 pagi.

Pengarah PKB Kok Lanas, Noor Azahan Othman berkata, daripada jumlah tersebut seramai 485 pelajar merupakan lepasan SPM, manakala selebihnya lulusan sijil politeknik dan kolej komuniti.

Menurutnya, lepasan SPM telah mengikuti Minggu Suai Kenal (MSK) selama seminggu bermula 18 Disember lalu manakala pelajar lepasan sijil politeknik dan kolej komuniti akan mengikuti induksi hari ini.

"Kesemua pelajar tersebut akan mengikuti 12 program diploma yang ditawarkan oleh empat jabatan di PKB iaitu Kejuruteraan Awam, Elektrik, Mekanikal dan Perdagangan.

"Antara program diploma yang ditawarkan PKB ialah ukur bahan, kejuruteraan awam, mekanikal, mekatronik, automotif, mekanikal pertanian, elektrik, elektrik dan elektronik, elektronik perhubungan, perakaunan, pengajian perniagaan dan pemasaran," katanya ketika di hubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya, kesemua pelajar akan memulakan sesi pengajian mereka pada Isnin ini.

Noor Azahan memberitahu, jurusan diploma kejuruteraan awam menjadi pilihan utama apabila seramai 111 pelajar telah mendaftar untuk mengikuti program berkenaan di PKB.

"Selain itu, diploma kejuruteraan awam, perakaunan menjadi pilihan kedua tertinggi apabila menerima seramai 70 pelajar baru, diikuti kejuruteraan mekanikal seramai 46 pelajar," ujarnya.

- Utusan
logoblog

Thanks for reading 850 Pelajar Baru Politeknik Kota Bharu Kok Lanas Lapor Diri

Previous
« Prev Post

No comments: