Powered by Blogger.

Friday, December 09, 2011

Anak Veteran ATM Cemerlang Digalak Mohon Biasiswa YWP

  NR       Friday, December 09, 2011

SIBU: Anak-anak veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 digalakkan untuk memohon Skim Biasiswa Yayasan Warisan Perajurit (YWP).

Kelayakan dan syarat-syarat bagi menerima skim biasaswa YWP ini ialah memperolehi 5A, 4A1B atau 4A1C dan wajib mendapat salah satu keputusan A bagi mata pelajaran Bahasa Melayu (Pemahaman /Penulisan) bagi UPSR.

Mata pelajaran yang diambil kira jika di Sekolah Kebangsaan (SK) ialah Bahasa Melayu (Pemahaman) dan (Penulisan), Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Sementara bagi PMR, memperolehi sekurang-kurangnya 6A ke atas dan wajib mendapat keputusan A bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Mata pelajaran yang diambil kira ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup Bersepadu Pilihan 2 serta Pendidikan Islam.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 25 Januari 2012.

Justeru, semua Veteran ATM hendaklah membawa salinan keputusan ujian 2011, salinan kad pengenalan, sijil lahir anak, salinan Buku Akaun BSN/AFFIN Bank anak, salinan Buku Pengakuan Perkhidmatan BAT D92 dan kad pengenalan Veteran ATM.

Borang permohonan boleh didapati di pejabat Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Cawangan Sibu, Persatuan Bekas Tentera Laut Malaysia Negeri Sarawak (PBTLDM) dan Persatuan Veteran Tentera Malaysia Negeri Sarawak (PVTMS) yang beralamat di No. 43, Tingkat 3, Jalan Tuanku Osman, Sibu atau hubungi talian 084-349755.

- UB

logoblog

Thanks for reading Anak Veteran ATM Cemerlang Digalak Mohon Biasiswa YWP

Previous
« Prev Post

1 comment:

Anonymous said...

kalo ayah veteren ATM tak leh mohon kew sebap dalam syarat2 untuk permohonan skim tersebut bapa mestilah yg sedang berkhidmat