SIBU: Anak-anak veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang
mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 digalakkan untuk memohon Skim
Biasiswa Yayasan Warisan Perajurit (YWP).
Kelayakan dan syarat-syarat bagi menerima skim
biasaswa YWP ini ialah memperolehi 5A, 4A1B atau 4A1C dan wajib mendapat salah
satu keputusan A bagi mata pelajaran Bahasa Melayu (Pemahaman /Penulisan) bagi
UPSR.
Mata pelajaran yang diambil kira jika di Sekolah
Kebangsaan (SK) ialah Bahasa Melayu (Pemahaman) dan (Penulisan), Bahasa
Inggeris, Matematik dan Sains.
Sementara bagi PMR, memperolehi
sekurang-kurangnya 6A ke atas dan wajib mendapat keputusan A bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu. Mata pelajaran yang diambil kira ialah Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup Bersepadu
Pilihan 2 serta Pendidikan Islam.
Tarikh tutup permohonan ialah pada 25 Januari
2012.
Justeru, semua Veteran ATM hendaklah membawa
salinan keputusan ujian 2011, salinan kad pengenalan, sijil lahir anak, salinan
Buku Akaun BSN/AFFIN Bank anak, salinan Buku Pengakuan Perkhidmatan BAT D92 dan
kad pengenalan Veteran ATM.
Borang permohonan boleh didapati di pejabat
Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Cawangan Sibu, Persatuan Bekas Tentera
Laut Malaysia Negeri Sarawak (PBTLDM) dan Persatuan Veteran Tentera Malaysia
Negeri Sarawak (PVTMS) yang beralamat di No. 43, Tingkat 3, Jalan Tuanku Osman,
Sibu atau hubungi talian 084-349755.
- UB
1 comment:
kalo ayah veteren ATM tak leh mohon kew sebap dalam syarat2 untuk permohonan skim tersebut bapa mestilah yg sedang berkhidmat
Post a Comment