Powered by Blogger.

Thursday, December 08, 2011

Geng Pecah Rumah, Sekolah Babitkan Pelajar Sekolah & Remaja Belasan Tahun Tumpas

  NR       Thursday, December 08, 2011

MOHD. Mokhtar (dua dari kiri) menunjukkan barang kes hasil kejayaan polis menyelesaikan beberapa kes jenayah di IPK Johor di Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 6 Dis. - Polis Johor berjaya menumpaskan dua kumpulan penjenayah pecah rumah dan pecah sekolah membabitkan pelajar sekolah dan remaja berusia belasan tahun.

Kejayaan itu hasil tindakan sepasukan anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara menangkap lima pelajar lelaki berusia 15 hingga 16 tahun yang terlibat dalam kejadian pecah rumah di Taman Universiti, Skudai di sini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, sebelum itu, polis menerima laporan kejadian pecah rumah seorang lelaki berusia 58 tahun pada petang 26 November lalu.

Beliau berkata, mangsa memberitahu, pelbagai barangan di dalam rumahnya telah dilarikan.

"Bertindak daripada laporan itu, polis mengadakan serbuan di sekitar Taman Universiti dan berjaya memberkas lima pelajar yang disyaki terlibat dalam kes itu.

"Turut dirampas, sebuah televisyen plasma, empat kotak perkakasan, satu kotak spanar, jam tangan, kamera, alat kawalan dan pelbagai barangan lain," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.

Mohd. Mokhtar berkata, kesemua suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Dalam kes berasingan, IPD Johor Bahru Utara juga berjaya menumpaskan kumpulan pecah sekolah dengan menahan lima remaja berusia 10 hingga 18 tahun di Taman Melor, Tampoi di sini

Beliau berkata, pada 29 November lalu, polis yang menerima satu laporan daripada seorang lelaki menyatakan, sebuah sekolah agama di Taman Dahlia, Tampoi dipecah masuk dan dua komputer riba telah hilang.

"Pihak polis kemudian berjaya menangkap lima remaja yang disyaki terbabit dengan kejadian tersebut dan menemui semula komputer riba.

"Kesemua suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 akta sama," katanya.

- Utusan

logoblog

Thanks for reading Geng Pecah Rumah, Sekolah Babitkan Pelajar Sekolah & Remaja Belasan Tahun Tumpas

Previous
« Prev Post

No comments: