Powered by Blogger.

Thursday, December 08, 2011

MoU UTHM Dengan KTMB, Mysysnet & Cybersecurity Malaysia Kerjasama pendidikan, penyelidikan

  NR       Thursday, December 08, 2011
BATU PAHAT 6 Dis. - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan tiga rakan strategik iaitu Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB), Mysysnet Sdn. Bhd. (Mysysnet) dan Cybersecurity Malaysia di sini, baru-baru ini.

Menurut laman web UTHM, MoU itu bertujuan menggalakkan kerjasama akademik melalui pendidikan dan penyelidikan bagi memastikan kualiti dan hala tuju pengajaran dan penyelidikan universiti sentiasa relevan dengan keperluan industri.

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) menandatangani memorandum persefahaman dengan KTMB bertujuan menggalakkan kerjasama akademik dan penyelidikan dalam bidang teknologi kejuruteraan kereta api.

Antara bidang kerjasama yang dirancang ialah dalam membangunkan program sarjana muda dan sarjana untuk kursus Kejuruteraan Kereta Api selain kerjasama pembangunan penyelidikan dalam bidang teknologi kejuruteraan kereta api.
Sementara itu, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) menandatangani dua MoU dengan Mysysnet dan Cybersecurity Malaysia.

FSKTM dan Cybersecurity Malaysia akan bekerjasama dalam bidang keselamatan siber dan antara program kerjasama yang dirancang ialah program penempatan latihan industri bagi penuntut, program sangkutan staf akademik dan kerjasama dalam bidang penyelidikan.

- Utusan
logoblog

Thanks for reading MoU UTHM Dengan KTMB, Mysysnet & Cybersecurity Malaysia Kerjasama pendidikan, penyelidikan

Previous
« Prev Post

No comments: