Powered by Blogger.

Thursday, December 08, 2011

Institut Penyelidikan Curtin Sarawak Dilancarkan Rasmi 9 Nov Lalu

  NR       Thursday, December 08, 2011


Aaron Goh (kiri) bersama tetamu dan kakitangan Curtin Sarawak semasa pelancaran IPCS di Curtin Sarawak, baru-baru ini.



MIRI 6 Dis. - Institut Penyelidikan Curtin Sarawak (IPCS) di Universiti Curtin Sarawak Malaysia (Curtin Sarawak) dilancarkan secara rasmi pada 9 November lalu.

Institusi pelbagai disiplin itu bertujuan menjadi pusat pengembangan aktiviti penyelidikan saintifik berkaitan industri tenaga dan teknologi bio selain menawarkan skim fellowship penyelidikan.

Pengarah IPCS, Profesor Aaron Goh berkata, institut itu akan memberi tumpuan kepada enam bidang iaitu tenaga boleh diperbaharui dan minyak bio, kejuruteraan ekstrak dan proses, pelancongan mapan, sumber mapan, kajian kebudayaan dan linguistik di kalangan komuniti pribumi, tenaga ekonomi, polisi dan model.

"IPCS merupakan satu aspirasi kita untuk mewujudkan peluang bagi mengatasi cabaran yang berpunca daripada pembangunan di Sarawak.

"Melalui institut ini, kami membantu menyediakan penyelesaian yang inovatif, membuat keputusan seterusnya meningkatkan kualiti rakyat di negeri ini melalui penyelidikan," katanya.

IPCS dianggotai Prof. Taufiq Yap dari Universiti Putra Malaysia (UPM) yang merupakan koordinator kepada Pusat Kecemerlangan untuk Sains Katalis dan Teknologi di Fakulti Sains UPM.

Turut menganggotainya ialah Dr. Ujjal Kumar Ghosh, Dr. Low Siow Yong, Dr. R. Nagarajan dan Dr. Moacyr Laruccia.
Bagi menggalakkan lebih ramai penyelidik terkemuka menyertai IPCS, institut itu turut menubuhkan skim fellowship yang menawarkan pembangunan awal kerjaya, penyelidik kanan dan felo pelawat.

Sementara itu, Datuk Bandar Miri, Lawrence Lai ketika merasmikan pelancaran IPCS berkata, institut itu akan membantu menjadikan Miri sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang utama di utara negeri ini.

- Utusan

logoblog

Thanks for reading Institut Penyelidikan Curtin Sarawak Dilancarkan Rasmi 9 Nov Lalu

Previous
« Prev Post

No comments: