Powered by Blogger.

Tuesday, December 13, 2011

Limkokwing Bekerjasama Dengan Universiti Sri Lanka

  NR       Tuesday, December 13, 2011

CYBERJAYA 6 Dis. - Universiti Limkokwing akan menjalin kerjasama dengan National School of Business Management (NSBM), Sri Lanka untuk menubuhkan program khas di kolej tersebut.

Presidennya, Tan Sri Dr. Lim Kok Wing berkata, kerjasama itu termeterai melalui memorandum persefahaman (MoU) yang diadakan dengan pihak NSBM yang diwakili oleh Menteri Pembangunan Belia dan Skil, Dullas Alahapperuma hari ini.

Menurutnya, kerjasama itu meliputi penawaran enam program baru yang akan menggunakan teknologi terkini dan canggih.

“Menteri terbabit datang ke sini dan memilih Malaysia dan Limkokwing bagi mewakili Asia dalam menubuhkan program di sana di samping penyertaan tiga buah universiti antarabangsa lagi kerana kolej tersebut akan dinaik taraf kepada universiti.

“Antara program yang akan ditawarkan ialah animasi, arkitek, mobile komputer, digital teknologi dan pengurusan perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menandatangai MoU berkenaan di kampus Limkokwing di sini, hari ini.

Menurut, Kok Wing, selain itu, universiti tersebut juga akan membincangkan untuk bekerjasama dengan penjawat awam kerajaan Sri Lanka bagi mengadakan program latihan di sana.

- Utusan
logoblog

Thanks for reading Limkokwing Bekerjasama Dengan Universiti Sri Lanka

Previous
« Prev Post

No comments: