Powered by Blogger.

Tuesday, December 13, 2011

UMT Kekal Johan Cabaran Usaha Sosial (SVC)-BSN 2011

  NR       Tuesday, December 13, 2011

(DARI kiri) M.Nizamuddin Japri, Ruwaida Farah Hanan, Hamka Jaafar dan Nik Nurfarah Fareena dari Universiti Malaysia Terengganu meraikan kemenangan pertandingan Cabaran Usaha Sosial (SVC)-BSN 2011 di Kuala Lumpur, kelmarin.


KUALA LUMPUR 6 Dis. - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengulangi kejayaan apabila muncul johan pada Cabaran Usaha Sosial (SVC)-Bank Simpanan Nasional (BSN) 2011 menerusi produk pengesan dadah melalui analisis folikel rambut Cut n Drop.

Timbalan Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Yahaya Ibrahim berkata, kemenangan kali kedua itu tidak di sangka kerana peserta lain yang mengambil bahagian turut memperkenalkan produk terbaik mereka.

"Alhamdulillah, kemenangan berpihak kepada kami tahun ini sekali gus memberi inspirasi untuk mencipta produk yang lebih baik pada masa hadapan.

"Selain itu, ia menjadi landasan kepada kami untuk menaikkan nama UMT di peringkat antarabangsa kelak," katanya selepas acara penyampaian hadiah pertandingan itu di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Rohani Abdullah dan Timbalan Ketua Eksekutif BSN, Winston Emannuel.

Program yang dianjurkan BSN sebagai memenuhi tanggungjawab sosial korporat syarikat itu terbuka kepada semua penuntut institusi pengajian tinggi (IPT).

Sementara itu Winston ketika ditemui berkata, SVC turut dianjurkan bagi mengasah kreativiti serta minda penutnut sekali gus memberi mereka peluang untuk membantu komuniti terlibat.

"Melalui aktiviti seperti ini, penuntut juga berpeluang untuk mengetengahkan kreativiti, inovasi dan nilai keusahawanan mereka yang bakal memberi manfaat kepada masyarakat," katanya.

Pada pertandingan kali ini, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dinobatkan sebagai naib johan manakala Universiti Utara Malaysia (UUM) di tempat ketiga.

Para pemenang membawa pulang hadiah wang tunai, trofi serta sijil simpanan premium BSN.

- Utusan, 07-12-2011
logoblog

Thanks for reading UMT Kekal Johan Cabaran Usaha Sosial (SVC)-BSN 2011

Previous
« Prev Post

No comments: