Powered by Blogger.

Wednesday, December 21, 2011

Mekanik Perlu Memiliki Sijil Kemahiran Mulai 2012

  NR       Wednesday, December 21, 2011

SIBU: Bermula tahun depan, semua mekanik bagi industri servis dan penyelenggaraan kenderaan perlu memiliki sijil kemahiran, dalam usaha mengangkat industri tersebut ke tahap yang lebih tinggi.

Presiden Persekutuan Pengedar Tayar dan Tayar Terpakai Malaysia Tan Heong Thong berkata, per-  aturan baharu itu juga meliputi industri perkhidmatan menjual tayar ken-deraan.

Katanya, bengkel yang gagal mematuhi peraturan itu akan dianggap beroperasi secara haram dan atas sebab itu, semua pemilik bengkel perlu bertindak segera.

“Peraturan ini akan menjadi satu undang-undang. Pada masa ini, peraturan ini telah dibaca untuk kali kedua di Dewan Rakyat dan dijangka diluluskan pada tahun depan,” ujarnya pada Majlis Ulang Tahun Ke-31 Persatuan Pengedar Tayar dan Tayar Terpakai Sarawak, malam kelmarin.

Menurut Tan lagi, pemilik bengkel harus bekerjasama dengan kerajaan bagi mencapai status negara maju menjelang 2020, di samping mewujudkan tenaga kerja  profesional.

“Terdapat lebih 5,000 bengkel perkhidmatan tayar di negara ini. Daripada jumlah itu, 95 peratus beroperasi tanpa sijil,” katanya sambil menyeru semua pengusaha memandang serius perkara terbabit.

Menyentuh lanjut mengenai sijil mekanik itu, beliau memberitahu ia dibahagikan kepada beberapa kategori meliputi pelbagai perkhid-     matan seperti perkhidmatan pen-dingin hawa, tayar, enjin dan se-bagainya.

“Semua mekanik harus memiliki sijil masing-masing. Di samping itu,  pengusaha bengkel juga harus memiliki Sijil Tahap Tiga daripadaJabatan Pengangkutan Jalan,” jelasnya.

Tan turut memberitahu, kerajaan ada menyediakan pinjaman kecil kepada pengusaha bengkel bagi mengembangkan perniagaan mereka.

Mereka yang berminat katanya, boleh memohon pinjaman tersebut menerusi persatuan di tempat masing-masing.

“Masih ramai juga pengusaha bengkel yang masih belum menyertai persatuan,” ujarnya sambil menyeru pengusaha agar menyertai persatuan demi kebaikan bersama.

- UB
logoblog

Thanks for reading Mekanik Perlu Memiliki Sijil Kemahiran Mulai 2012

Previous
« Prev Post

No comments: