Powered by Blogger.

Wednesday, December 21, 2011

Prof Universiti New York Dipecat Beri Markah D Kepda Aktor James Franco

  NR       Wednesday, December 21, 2011

New York – Seorang profesor dari Universiti New York (NYU),  Jose Angel Santana mendakwa dia telah dipecat selepas memberikan markah yang rendah kepada aktor James Franco.
Dalam saman yang difailkan ke atas universiti berkenaan, Santara berkata, dia memberikan gred D kepada pelakon tersebut selepas Franco gagal hadir 12 daripada 14 kelas yang ditetapkan.
José Angel Santana yang mengajar  Franco dalam kelas  “Directing the Actor” telah mengemukakan saman ke atas universiti berkenaan dengan mendakwa beliau telah dipecat secara salah dan meminta supaya jawatannya dikembalikan.
Menurutnya, apabila orang ramai mengetahui bahawa beliau memberikan markah D kepada Franco, dia dianggap memalukan pelakon itu dan universiti sendiri, sekali gus tindakan buang kerja diambil ke atasnya.
Menurut laman web hiburan TMZ, Santana mendakwa beliau satu-satunya profesor yang memberikan markah rendah kepada aktor berkenaan.
“Pada pandangan saya, mereka telah menjadikan ijazah dalam bidang filem yang dikeluarkan oleh universiti ini untuk kepentingan James Franco….dengan menjadikan ijazah itu sebagai sesuatu yang boleh dibeli,” katanya.
Beliau juga mendakwa universiti berkenaan memberikan layanan yang terbaik kepada Franco berikutan statusnya sebagai bintang filem.
Selain NYU, Franco pernah mengambil beberapa kursus di beberapa kolej terkemuka di Amerika Syarikat termasuk Universiti Yale dan Colombia.
Dalam pada itu, pihak pengurusan NYU menyifatkan dakwaan Santana sebagai mengarut dan mengecewakan rakan sekerjanya yang lain.
Jurucakap universiti itu, John Beckman berkata, adalah sesuatu yang mengecewakan apabila melihat bekas pensyarah membincangkan mengenai markah pelajar mereka untuk tujuan publisiti murahan.
Sementara Franco pula, yang pernah dicalonkan untuk anugerah oskar untuk lakonannya dalam filem 127 Hours enggan mengulas mengenai saman berkenaan.
- Agensi
logoblog

Thanks for reading Prof Universiti New York Dipecat Beri Markah D Kepda Aktor James Franco

Previous
« Prev Post

No comments: