Powered by Blogger.

Saturday, December 24, 2011

Pelajar Dihukum Hidang Kek Hari Jadi Dicampur Tahi Untuk Rakan

  NR       Saturday, December 24, 2011

Avon Grove High School, Pennsylvania 

TIGA orang remaja Pennsylvania dihukum membersihkan tandas, tempat buang air kecil dan katil selepas mengakui mereka membancuh icing kek hari jadi dengan najis untuk diberikan kepada rakan sekelas mereka di sekolah tinggi sempena hari jadinya.

Kejadian ini berlaku pada bulan Mac lalu di Sekolah Tinggi Avon Grave.

Daily News Tempatan West Chester melaporkan, gadis-gadis itu juga telah diarahkan untuk mengutip najis anjing di taman tempatan dalam hukuman khidmat masyarakat selama 200 jam sebagai hukuman setelah mereka membuat rayuan selepas didapati bersalah.

Pihak Penguatkuasa mengatakan bahawa tiga orang pelajar juvana itu membuat pengakuan bertulis kepada pegawai sekolah selepas seorang rakan sekelas dan keluarganya jatuh sakit setelah makan kek itu.

Laporan Berita Tempatan harian menyatakan bahawa ketiga-tiga pelajar itu Mayra Flores, Ana Mireles dan Sandra Ortiz juga tidak ditahansebaliknya dibebaskan dengan pemerhatian selepas mengaku bersalah kerana tidak berfikir panjang ketika melakukan konspirasi dan membahayakan nyawa orang lain.

Kes juvana masih belum selesai sehingga ke hari ini.

Sumber: Daily Chilli
logoblog

Thanks for reading Pelajar Dihukum Hidang Kek Hari Jadi Dicampur Tahi Untuk Rakan

Previous
« Prev Post

No comments: