MIRI: Hasrat bergembira bersama kawan untuk
berjalan-jalan di Miri pada Hari Krismas lalu menjadi memori hitam bagi seorang
pelajar Tingkatan Dua setelah
mendapati dirinya dipergunakan untuk memuaskan nafsu rakan lelaki kepada
kawannya sendiri.
Mangsa mendakwa dirinya telah dimabukkan setelah
terminum minuman yang diletakkan bahan disyaki pil khayal, yang dijadikan
kesempatan kepada lelaki berkenaan untuk me-rogolnya.
Pada 25 Disember lalu, mangsa yang berusia 14
tahun, berasal dari Keluru Jaya Bekenu, dekat
sini, diperkenalkan dengan seorang lelaki berusia 20-an iaitu rakan kepada
teman perempuannya.
Rakan mangsa yang berusia 16 tahun mengajak
mangsa untuk berjalan-jalan meraikan Hari Krismas di bandar raya Miri iaitu
setengah jam perjalanan dengan menggunakan kereta Perodua Kancil milik lelaki
berkenaan.
Ketika singgah untuk minum di sebuah restoran di
Miri, mangsa memesan minuman tin berkarbonat dan mendakwa berasa pening dan
hampir pitam setelah meminum minuman berkenaan.
Mangsa mendakwa minumannya itu telah diletakkan
sesuatu dipercayai pil khayal.
Mangsa tidak ingat apa yang berlaku kepadanya
selepas pengsan sehingga dia tersedar dan terkejut berada di pantai pada
keesokan harinya.
Menurut laporan yang diberikan, mangsa
tersedar pada sebelah petang dengan masih ditemani oleh suspek di pantai
berdekatan Kampung Beraya, Bakam dekat sini.
Keliru dan bimbang terhadap apa yang telah
berlaku kepada dirinya, mangsa dipujuk dan kemudian dihantar suspek ke kediaman
sepupunya di Kampung Bukit Bom Batu Niah.
Mangsa kemudian dihantar kembali ke kediamannya
di Bekenu oleh sepupunya dan menceritakan punca kehilangannya kepada ibu
bapanya.
Mangsa mengadu sakit di badan dan kemaluannya
kepada ibu bapanya yang kemudian membawanya ke Hospital Miri untuk pemeriksaan.
Ibu bapa mangsa sebelum itu telah membuat
laporan polis di Balai Polis Bekenu yang kemudian dirujuk ke Balai Polis Daerah
Miri.
Ketua Polis Daerah (KPD) ACP Jamaluddin Ibrahim
yang dihubungi semalam mengesahkan kes ini dan menerima laporan dari ibu bapa mangsa
pada malam kelmarin.
Menurutnya, ketika disoal siasat, mangsa tidak
dapat mengingati kembali warna kereta dan nombor plat Perodua Kancil milik
lelaki berkenaan.
“Kami masih menjejaki lelaki dan teman perempuan
mangsa.
“Kami akan siasat kes ini bawah Seksyen 372
Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan 20 tahun penjara dan sebatan,”
jelasnya.
Mengulas lanjut tentang kes ini, Jamaluddin
menasihati penduduk Miri khasnya golongan remaja agar tidak mudah
terikut-terikut ajakan daripada individu yang tidak dikenali.
Beliau bimbang kejadian jenayah seperti ragut,
culik dan rogol akan menimpa golongan berkenaan sekiranya bersikap sambil lewa
dan tidak berhati-hati.
- UB
No comments:
Post a Comment