Powered by Blogger.

Friday, December 30, 2011

Pelatih PLKN Kump 1 Siri 9/2012 Dibenarkan Melapor Lewat Jika Terlibat Banjir

  NR       Friday, December 30, 2011
KUALA LUMPUR: Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kumpulan 1 Siri 9/2012 dibenarkan melapor lewat di pusat-pusat berkumpul sekiranya kawasan mereka terlibat dengan banjir.

Menurut Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), pelatih berkenaan boleh berbuat demikian dengan mendapatkan surat pengesahan daripada Pusat Pemindahan Banjir atau mana-mana bilik gerakan banjir.

Pelatih yang terlibat dengan bencana banjir juga dibenarkan untuk menukar kumpulan kepada Kumpulan 2 atau Kumpulan 3 bagi tahun ini, kata JLKN dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Pelatih PLKN Kumpulan 1 Siri 9/2012 perlu melaporkan diri di pusat-pusat berkumpul mulai 1 hingga 3 Januari depan. — Bernama


logoblog

Thanks for reading Pelatih PLKN Kump 1 Siri 9/2012 Dibenarkan Melapor Lewat Jika Terlibat Banjir

Previous
« Prev Post

No comments: