Powered by Blogger.

Monday, January 16, 2012

2,646 Sekolah Kebangsaan di Seluruh Negeri Mendapat Penambahbaikan

  NR       Monday, January 16, 2012

PAPAR, 13 Jan (Bernama) -- Sebanyak 2,646 sekolah kebangsaan seluruh negeri dijangka mendapat struktur baru dan mengalami penambahbaikan kemudahan sebelum akhir tahun ini.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata daripada jumlah itu, 2,254 sekolah telah diperiksa manakala selebihnya akan diperiksa dalam masa terdekat berikutan kedudukan sekolah berkenaan yang terletak di pedalaman.

"Sebanyak 1,859 sekolah yang diperiksa mengalami kerosakan fizikal dan daripada jumlah itu 656 sekolah memerlukan pembinaan struktur baru dan 1,203 sekolah memerlukan penambahbaikan kemudahan tertentu.

"Sebanyak 965 sekolah pula memerlukan pendawaian semula bekalan elektrik," katanya kepada pemberita selepas melawat SK Pengalat Kecil di sini Jumaat.

Mohd Puad berkata sebanyak RM500 juta akan dibelanjakan iaitu separuh daripada peruntukan RM1 bilion yang disediakan dalam Belanjawan 2012 untuk pembinaan dan naiktaraf sekolah.

Beliau berkata kerja pembinaan struktur dan pendawaian elektrik akan dimulakan selewat-lewatnya Julai ini manakala kerja penambahbaikan terhadap struktur dan kemudahan sedia ada akan dibuat mulai Mac.

Terdahulu, Mohd Puad melawat SK Beringgis dan SK Kuala di sini.

Beliau berkata sebanyak RM164.1 juta akan dibelanjakan untuk 821 sekolah di negeri ini.


-- BERNAMA
logoblog

Thanks for reading 2,646 Sekolah Kebangsaan di Seluruh Negeri Mendapat Penambahbaikan

Previous
« Prev Post

No comments: