Desakan banyak pihak yang
meminta Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku) dimansuhkan menjadi
isu panas kebelakangan ini. Perkara dalam Seksyen 15, yang menyekat kebebasan
berpolitik di kalangan pelajar, menjadi tumpuan utama desakan tersebut. Keadaan
semakin memuncak apabila beberapa siri demonstrasi dilakukan oleh sekumpulan
pelajar yang kononnya menuntut hak kebebasan bersuara. Siri demonstrasi itu
merebak ke beberapa tempat hingga mencetuskan perkara kurang enak yang memaksa
campur tangan polis. Malah ada kes yang bersangkutan Auku ini turut diheret ke
muka pengadilan. Pada masa yang sama, kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa
Pindaan Auku 2011 bagi melihat lebih terperinci berhubung desakan ini, Bersama
Editor Sinar Harian, LAILATUN KHALILAH NASIR dan wartawan kanan, FARAH ZAMIRA
FARUSH KHAN, ikuti penjelasan pengerusi jawatankuasa itu Prof Dr Nik Ahmad
Kamal Nik Mahmod mengenai isu penting ini.
S: Apa perkara asas yang diambil kira jawatankuasa ini dalam proses pindaan Auku?
Pertama sekali, kami mengambil kira pendapat semua pihak sama ada Auku perlu dimansuhkan atau dipinda. Majoriti pendapat yang kita dengar melalui public consultation, meminta supaya Auku dipinda, bukan dimansuhkan. Ini kerana Auku itu bukan hanya mengenai Seksyen 15 (sekatan berpolitik) tetapi merangkumi semua aspek pentadbiran sesebuah universiti. Jadi kalau Auku dimansuhkan sama sekali, bagaimana kita hendak mentadbir universiti? Kerana itu, kerajaan mengambil keputusan untuk meminda Auku, dan bukan memansuhkannya secara total. Cuma ada pendapat mengatakan kita hapuskan terus Seksyen 15, dan kita ambil kira pandangan itu. Pada tahap ini, saya tidak boleh berkata jawatankuasa akan ikut pendapat mana, atau ikut arah mana, kerana kami masih dalam proses perbincangan dan menerima maklum balas daripada semua pihak sebelum keputusan dibuat.
S. Banyak beranggapan, apa pun pindaannya, selagi ia masih bernama ‘Auku’, ia masih tidak dapat diterima menuntut kebebasan ini. Fobia dengan nama Auku itu wujud. Bagaimana jawatankuasa ini hendak mengu bah persepsi itu?
Mungkin kerajaan akan memikirkan mengenai rebranding (penjenamaan semula Auku). Kita (panel) boleh cadangkan supaya nama itu ditukar jika ia dirasakan tidak lagi sesuai. Kita belum bincang lagi hal itu. Tetapi tidak mustahil ia akan menjadi salah satu daripada cadangan yang kami akan kemukakan. Apa yang jelas adalah tugas utama jawatankuasa ini mengikut (terms of reference) adalah untuk melihat Seksyen 15. Kalau ada bahagian (seksyen) lain dalam Auku yang berkaitan dengan Seksyen 15, barulah kami akan melihatnya. Kita akan bincang mengenai kesan yang akan berlaku jika Seksyen 15 dipinda. Kalau kita benarkan pelajar berpolitik di luar, bagaimana pula politik di dalam kampus, adakah kita akan benarkan? Ini yang akan dibincang.
S. Mengapa tidak diwujudkan satu mekanisme baru supaya pelajar/mahasiswa ini dapat berbincang mengenai dasar negara dengan cara lebih berhemah untuk mengelakkan siri demo jalanan sebagai bantahan atau tidak puas hati terhadap sesuatu itu?
Kita tidak boleh nafikan bahawa sekarang pun mereka dibenarkan untuk berbincang mengenai dasar dan hal-hal negara, mengikut cara mereka sendiri sama ada menerusi forum, konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) atau sebagainya. Mereka boleh berbincang apa sahaja tanpa ada sekatan, termasuk isu-isu politik. Tetapi perbincangan seperti ini belum benar-benar sampai ke tahap komuniti kampus, mungkin kerana wujudnya Auku jadi timbul perasaan takut dalam kalangan pelajar. Namun bagi saya ketakutan itu hanya tanggapan. Kita tahu pelajar memang ada terlibat dengan politik, walaupun tidak ramai. Kita tahu demonstrasi di kampus disokong sesetengah pihak atau orang luar. Jadi, kalau kita pinda Auku, katakanlah kita kata pelajar boleh berpolitik di luar kampus, bagaimana pula dengan mereka di dalam kampus? Di sini kita perlu berhati-hati kerana kita tidak mahu jadikan kampus sebagai sebuah gelanggang politik. Pada masa yang sama, pendekatan yang saya rasa terbaik adalah memberi peluang kepada pelajar untuk bercakap mengenai isu-isu negara, bercakap tentang politik dalam suasana intelektual dan akademik.
S. Sejauh mana Auku sekarang menyekat kebebasan bersuara mahasiswa?
Kita perlu ingat bahawa pindaan Auku yang terbaru pada 2009 telah memberi ruang yang banyak kepada pelajar untuk aktif dalam aktiviti luar kampus walaupun ia masih tidak membenarkan pelajar berpolitik. Selepas pindaan itu, pihak pengurusan (Naib Canselor) universiti boleh membenarkan pelajar menyertai mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) atau persatuan di luar yang bukan politik. Jadi di situ sudah ada peluang untuk pelajar bersama-sama rakyat bergiat aktif mengenai isu sosial dan negara. Selain NGO yang ditubuhkan untuk menjaga kebajikan pelbagai golongan, ada juga NGO yang propolitik iaitu menyokong parti politik, dan ada pertubuhan mempunyai perjuangan sendiri. Jadi ada banyak jenis NGO yang boleh disertai pelajar, cuma yang kita larang jangan libatkan diri dalam parti politik. Jadi jika kita buka ruang nanti, katakan kita benarkan mereka berpolitik di luar, mereka harus menjaga universiti sebagai tempat di mana ilmu diperoleh dan tidak berpolitik di dalam kampus. Jika mereka datang dengan sentimen politik yang tinggi, maka tidak akan wujud satu perbincangan yang neutral. Itu yang dikatakan orang ramai semasa jawatankuasa membuat rundingan awam di Kuala Lumpur dan Kuching, Sarawak. Dan, kita mengambil kira isi perbincangan berkenaan dalam proses pindaan ini.
S. Setakat ini, apa yang menarik mengenai sesi rundingan pindaan Auku ini?
Sesuatu yang menarik semasa kita buat pendengaran awam di Kuala Lumpur adalah terdapat wakil parti politik sendiri menuntut supaya jangan benarkan pelajar berpolitik di dalam kampus atas alasan universiti adalah gedung ilmu dan tidak patut dikotorkan dengan sentimen politik yang bersifat berat sebelah. Pada masa sama, mereka menganggap pelajar universiti adalah golongan matang. Kita setuju dengan pendapat itu dan perlu iktiraf pelajar kita matang kerana mereka mendapat informasi lebih banyak daripada kita. Kita juga harus terima fakta bahawa media sosial tidak boleh mengekang aliran maklumat ke dalam kampus. Kalau kita kata tidak boleh berkempen secara fizikal di dalam kampus, pelajar tetap boleh menggunakan Internet dan media sosial untuk berpolitik. Jawatankuasa akan melihat pendekatan sesuai jika perbincangan memutuskan sekatan berpolitik dalam kampus akan dibuat. Kita juga akan melihat sama ada boleh memberi kuasa kepada universiti supaya mereka sendiri yang mengawal dalam peraturan dalaman mereka. Jawatankuasa akan lihat sama ada peruntukan jelas perlu dibuat mengenai peraturan dalaman kampus, atau serahkan kepada universiti untuk buat keputusan. Itu semua dalam perhatian kami sebelum pindaan atau memansuhan Seksyen 15 dibuat.
S. Bagaimana perkembangan proses pindaan berkenaan?
Kita kini berada di penghujung proses mendapat maklum balas dan proses ini telah pun berakhir. Ada cadangan supaya kita pergi ke negeri-negeri lain di Malaysia tapi kesuntukan masa menyebabkan rundingan awam hanya dibuat di Kuala Lumpur dan Kuching. Bagaimanapun banyak pihak yang turut mengadakan sesi percabahan idea dan mengumpul seberapa banyak maklumbalas untuk diserahkan kepada kami. Contohnya Sidang Meja Bulat Auku yang dibuat Kementerian Pengajian Tinggi melalui Timbalan Menteri Pengajian Tingginya, Datuk Saifudddin Abdullah sendiri. Banyak input yang kita dapat dari situ. Maklum balas menerusi laman web kementerian dan laman Facebook juga banyak, selain kita galakkan setiap universiti atau kolej mengadakan perbincangan sesama mereka dan menyerahkan hasil perbincangan berkenaan kepada kami untuk diambil itipat-intipati yang berkaitan.
S. Bagaimana proses dan kronologi jawatankuasa pindaan ini dbuat?
Mula-mula, kami menerima terms of reference daripada pihak kementerian, melihat isu yang dibangkitkan. Kemudian selepas ahli panel dilantik kami mengadakan mesyuarat pertama membincangkan modus operandi, iaitu apa langkah pertama yang harus dilakukan mengikut terms of reference. Dan, kita bersetuju untuk mula mengumpul maklumat, dengan mencari dan melihat semua pandangan yang telah diutarakan sebelum ini mengenai Auku. Ianya memang mempunyai sejarah yang panjang, sehingga kami turut melihat dokumen lama sejak 1970-an, laporan-laporan akhbar dan pandangan orang ramai dalam surat khabar, dan Internet. Langkah kedua adalah mengadakan maklum balas melalui laman web KPT, Facebook, soal selidik dan e-mel. Ketiga, kita adakan pendengaran awam di tiga tempat. Di samping itu, KPT juga telah mengarahkan semua universiti awam dan swasta mengadakan perbincangan sendiri melalui meja bulat. Kita juga tidak melupakan perbincangan dengan kumpulan khusus seperti Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor, selain wakil-wakil pelajar. Dan apa yang dibahaskan dalam Wacana Sinar yang bertajuk MASIH RELEVANKAH AUKU yang akan berlangsung pada 26 Januari ini juga akan kita ambil kira sebelum penulisan draf pindaan Auku atau pemansuhan Seksyen 15 dibuat.
S. Apa yang diharapkan melalui jawatankuasa ini?
Kita harap dapat membuat satu keputusan yang tepat sesuai dengan keadaan semasa, dengan mengambil kira semua aspek. Dalam masa yang sama juga diharapkan keputusan yang bakal terhasil nanti akan memberi lebih ruang kepada pelajar untuk menzahirkan pendapat mereka dalam bidang apa pun tanpa rasa takut sebaliknya mengikut peraturan dan lebih bersifat intelek, sesuai dengan gelaran seorang mahasiswa dan juga menyanjung tinggi institusi ilmu yang mereka duduki. Dari sudut kebebasan akademik itu, ia harus difahami dengan jelas kerana banyak tafsiran dibuat mengenai kebebasan akademi. Kalau kita tafsirkan kebebasan akademi itu untuk mengatakan apa jua yang kita fikirkan betul tanpa mengira sensitiviti orang lain, itu tidak tepat. Kebebasan mesti datang bersama tanggungjawab.

- SH, 22 Jan 2012
No comments:
Post a Comment