Powered by Blogger.

Monday, January 23, 2012

1,650 Banduan Muda Ikuti Program Sekolah Integriti Tahun 2011

  NR       Monday, January 23, 2012

PADA 2011, terdapat seramai 1,650 banduan muda atau pesalah juvenil yang mengikuti program pendidikan di Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney.

Jumlah pesalah muda juvenil pada 2010 adalah seramai 1,104 orang berbanding 538 orang pada 2009.
Manakala pada 2008 pula jumlahnya ialah 531 orang sahaja.

Dari segi jumlah stafKementerian Pelajaran, setakat ini ia melibatkan seramai 102 pegawai.

Tiga pegawai ditempatkan di Ibu Pejabat Penjara Malaysia manakala 99 pegawai lagi ditempatkan di sekolah-sekolah yang berkaitan.

Sejarah Sekolah Integriti
SEKOLAH Integriti telah ditubuhkan pada April 2008 secara kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Jabatan Penjara Malaysia.

Sekolah Integriti ini beroperasi di enam buah penjara mengikut zon seperti berikut;

i. Sekolah Integriti Kluang [Penjara Kluang, Johor] - Zon Selatan
ii. Sekolah Integriti Kajang [Penjara Kajang, Selangor] - Zon Tengah
iii. Sekolah Integriti Marang [Penjara Marang, Terengganu] - Zon Timur
iv. Sekolah Integriti Sungai Petani [Penjara Sungai Petani, Kedah] - Zon Utara
v. Sekolah Integriti Puncak Borneo [Penjara Kuching, Sarawak] - Zon Sarawak
vi. Sekolah Integriti Kota Kinabalu [Penjara Kota Kinabalu, Sabah]- Zon Sabah

Terdapat juga dua buah Sekolah Henry Gurney yang berada di bawah kawalan Jabatan Penjara Malaysia iaitu Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka dan Sekolah Henry Gurney Keningau, Sabah.

Kedua-dua buah sekolah telah beropreasi sejak tahun 1950-an lagi.

Kesemua sekolah ini telah didaftarkan sebagai sekolah kerajaan pada Januari 2011.

Kesemua sekolah ini menjalankan aktiviti seperti mana sekolah kawalan penuh Kementerian Pelajaran dan membenarkan setiap pelajar yang berdaftar di sekolah ini untuk menduduki peperiksaan awam seperti Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

- Utusan

logoblog

Thanks for reading 1,650 Banduan Muda Ikuti Program Sekolah Integriti Tahun 2011

Previous
« Prev Post

No comments: