SHAH ALAM – Kejadian bunyi dengkuran kuat diselang-seli bunyi
nyaring frekuensi radio yang berlaku di Kota Samarahan, Sarawak pada malam 11
dan 12 Januari lalu menggegarkan banyak kampung sekitar dan terus menjadi
misteri hingga kini.
Salah seorang saksi, guru, Mohammad Ferdauz Jumain, 28, berasal dari Kampung Meranek menceritakan semula detik tersebut berkata, dia terjaga pada jam tiga pagi kerana gangguan bunyi misteri tersebut yang terlalu kuat.
Salah seorang saksi, guru, Mohammad Ferdauz Jumain, 28, berasal dari Kampung Meranek menceritakan semula detik tersebut berkata, dia terjaga pada jam tiga pagi kerana gangguan bunyi misteri tersebut yang terlalu kuat.
Dia berkata, bunyi itu seolah-olah bunyi
dengkuran dari kaki langit namun tidak mengetahui dari mana puncanya.
“Pada mulanya, saya tidak mengesyaki apa-apa
pun, tetapi semakin lama bunyi tersebut semakin kuat. Saya mengejutkan ibu dan
ayah, kami terus tertanya-tanya bunyi apa itu. Saya juga sempat menghubungi dan
menghantar SMS kepada beberapa kawan terdekat, mereka juga terdengar bunyi yang
sama.
“Semakin pelik dengan bunyi itu, saya dan ayah
mengambil keputusan memeriksa di luar rumah tetapi kami terkejut kerana bunyi
itu dari tempat yang jauh, jiran-jiran saya yang lain pun terjaga,” katanya
kepada Sinar Harian semalam.
Ayahnya, Jumain Abang, 69, penduduk asal Kota
Samarahan menjelaskan, sepanjang hayat itulah kali pertama dia terdengar bunyi
dengkuran yang amat kuat dari langit.
“Kita hanya boleh berdoa kepada ALLAH semoga
segalanya selamat dan tidak berlaku apa-apa, mungkin bunyi itu boleh dijelaskan
oleh mereka yang pakar,” katanya.
Ditanya mengenai dakwaan beberapa pihak yang
mengatakan bunyi tersebut berpunca dari kilang kelapa sawit berdekatan, Ferdauz
menafikan dakwaan itu kerana bunyi enjin memproses kelapa sawit tidak mungkin
didengari sehingga ke Kampung Muara Tuang yang sejauh 10 kilometer.
Katanya lagi, pada malam pertama kejadian, jiran
sekeliling keluar beramai-ramai dari rumah kerana berasa amat pelik di samping
perasaan yang takut dan panik.
“Pada malam kedua (12 Januari) saya dan penduduk sekitar Samarahan sudah bersedia untuk merakamkan kejadian tersebut dan Alhamdulillah kami berjaya merakamnya,” katanya.
“Pada malam kedua (12 Januari) saya dan penduduk sekitar Samarahan sudah bersedia untuk merakamkan kejadian tersebut dan Alhamdulillah kami berjaya merakamnya,” katanya.
Jurutera komputer, Mohd Adzil Yusuf, 28, yang
tinggal di Desa Ilmu, kira-kira tiga kilometer dari Kampung Meranek turut
mendengar bunyi tersebut namun tidak mengesyaki apa-apa pada mulanya.
“Selepas kejadian malam pertama kecoh, saya
mengambil keputusan untuk memeriksa sendiri kilang kelapa sawit yang dikatakan
punca bunyi itu, namun saya dapati kilang itu tidak mengeluarkan bunyi apa
pun,” katanya.
Mengulas mengenai dakwaan dan teori banyak pihak
di laman-laman web yang mengatakan bunyi itu berpunca daripada program High
Frequency Active Auroral Research Programme (HAARP), Ferdauz tidak menolak
kemungkinan itu kerana pada malam kejadian dia sempat melihat awan di langit
dalam keadaan ‘bergaris-garis’.
“Bentuk awan pada malam itu seolah seperti kesan
asap kapal terbang lurus dalam pertunjukan udara tetapi banyak, jadi
berdasarkan kajian saya, kemungkinan HAARP menjadi punca itu ada,” katanya.
HAARP adalah program penyelidikan berkaitan
ionosfera dan dinaungi sepenuh oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska
dan Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA).
DARPA adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh
kerajaan Amerika Syarikat untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi
untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat.
HAARP berselindung dengan aktiviti penyelidikan
saintifik yang kononnya menyelidik lapisan ionosfera bagi meningkatkan lagi
penggunaan sistem komunikasi dan pemantauan cuaca.
Tapak penyelidikan HAARP yang berada di Gakona,
Alaska menempatkan peralatan berteknologi tinggi iaitu Ionospheric Research
Instrument (IRI).
IRI adalah sebuah instrumen yang menghasilkan
frekuensi radio berdefinisi tinggi sekitar 2.7MHz sehingga 10MHz.
IRI mampu memancarkan frekuensi ke lapisan yang
terhad untuk dicapai iaitu di lapisan Ionosfera dan menghantar kembali
isyaratnya ke bumi.
Apapun sehingga kini, belum ada jawapan jelas
mengenai apa sebenarnya yang berlaku di Kota Samarahan dan beberapa buah
kawasan di dunia sejak tahun lepas.
Yang pasti, bunyi yang aneh dan menggerunkan itu
akan terus menghantui penduduk selagi tiada jawapan yang jelas mengenainya.
Daripada maklumat, sehari sebelum kejadian ini
perkara yang sama turut berlaku di Aaborg, Denmark bahkan bunyi aneh yang
menakutkan ini pernah didengar dan direkodkan di Sweden pada 1 November tahun
lalu.
- SH
No comments:
Post a Comment