Powered by Blogger.

Friday, January 20, 2012

SMK Bario Terima Sumbangan RM20,000 Naik Taraf Asrama Pelajar

  NR       Friday, January 20, 2012

BARIO 19 Jan. - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bario di sini, menerima sumbangan RM20,000 daripada Yayasan Kebudayaan Dayak serta Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (Salcra) bagi menaik taraf kemudahan asramanya.

Sumbangan itu disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang semasa lawatan kerja beliau di daerah itu, baru-baru ini.

Alfred Jabu ketika berucap berkata, sumbangan itu diharap sedikit sebanyak mampu meringankan beban pihak sekolah untuk memperbaiki dan menambah kelengkapan asrama pelajar yang serba kekurangan.

Selain itu, katanya, kerajaan negeri akan mengemukakan permohonan kepada Kerajaan Persekutuan supaya mempercepatkan pelaksanaan projek pengangkutan khas bagi memudahkan pelajar yang tinggal di kawasan pedalaman pergi ke sekolah.

- Utusan
logoblog

Thanks for reading SMK Bario Terima Sumbangan RM20,000 Naik Taraf Asrama Pelajar

Previous
« Prev Post

No comments: