KUCHING — Mayat pelajar Tingkatan 6 Sekolah Menengah Kerajaan Batu Lintang yang hilang ketika berlaku banjir kilat di Jalan Rock di sini 5 Januari lalu ditemui dekat tebing Kampung Goebilt Sejingkat oleh seorang pencari siput kira-kira jam 9.30 pagi ini.
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Roslan Bek Ahmad ketika dihubungi berkata, berdasarkan kepada pakaian serta beberapa barangan yang terdapat pada mayat yang sudah reput itu pihaknya yakin ia adalah Kho Ying Gi, 19 tahun, yang dilaporkan hilang sebelum ini.
"Polis cuba mendapatkan pengesahan daripada anggota kalurga mangsa termasuk bapanya dan berdasarkan kepada barang yang ada pada mayat itu termasuk satu kunci kereta, dipercayai ia mangsa (Ying Gi) yang hilang sebelum ini,” katanya.
Turut lemas dalam kejadian banjir kilat itu ialah seorang pekerja stesen minyak Herman Sihas, 28, berasal dari Lundu yang cuba menyelamat Ying Gi yang terjatuh ke dalam parit Jalan Rock.
Mayat Herman bagaimanapun berjaya ditemui kira-kira tiga kilometer dari tempat kejadian oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) pada 8.45 pagi ini iaitu dua hari selepas kejadian. — BERNAMA
No comments:
Post a Comment