PUCHONG - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini
mengumumkan kelulusan permohonan masyarakat India agar kerajaan membina enam
Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT).
Keenam-enam sekolah akan dibina di Taman Keladi di Sungai Petani,
Heawood Estate. Sungai Siput; Taman Sentosa, Klang; Taman PJS1, Petaling
Jaya; Bandar Mahkota, Cheras dan Bandar Seri Alam di Masai, Johor.
Beliau turut mengumumkan peruntukan RM3.5 juta
untuk pembinaan bangunan empat tingkat SRJKT Kinrara di sini.
Perdana Menteri mengumumkan perkara itu pada
Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Sekolah Tamil Malaysia di sini, pagi ini.
- SH
No comments:
Post a Comment