Powered by Blogger.

Saturday, January 07, 2012

Menteri Pelajaran Saran Sekolah Sediakan Jadual Rehat Anjal Utk Murid Thn 1

  NR       Saturday, January 07, 2012

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam menyarankan sekolah menyediakan jadual rehat anjal murid tahun satu bagi memastikan mereka mempunyai tenaga belajar.

Beliau berkata, bagi mengelak murid memasuki bilik darjah dalam keadaan tidak bersarapan, jadual rehat sedia ada iaitu pada 9.45 pagi boleh diubah kepada jam 9 pagi atau 8.30 pagi khusus minggu pertama musim baru persekolahan. Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan sempena hari pertama persekolahan di Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Pantai di sini, semalam.


Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, saranannya itu dibuat selepas diberitahu ramai murid yang ditemui mereka tidak bersarapan pagi sebelum memasuki kelas. “Jadi saya minta sekolah, mungkin kalau ada keadaan sebegini, jadual rehat boleh dibuat lebih awal, anjal, khususnya minggu pertama supaya tiada murid memasuki bilik darjah dalam keadaan tidak bersarapan pagi. 


“Bagi saya itu tidak boleh pandang ringan kerana boleh menjejaskan proses pembelajaran. Saya sendiri pun kalau ke pejabat tanpa sarapan pagi lesu, kita semua pun begitu, apatah lagi anak kecil,” katanya. 

Timbalan Perdana Menteri berkata, saranan itu tidak bermaksud semua sekolah perlu mengubah jadual rehat sedia ada, sebaliknya boleh dilaksanakan berdasarkan pertimbangan sekolah. 

Mengenai bekalan buku teks, kerusi dan meja ke sekolah, Muhyiddin berkata, semua keperluan itu disediakan dengan sempurna hasil persediaan awal yang dibuat sejak tahun lepas. - Bernama

myMetro: 5 Januari 2012 
logoblog

Thanks for reading Menteri Pelajaran Saran Sekolah Sediakan Jadual Rehat Anjal Utk Murid Thn 1

Previous
« Prev Post

No comments: