JOHOR BAHRU: Seorang
remaja yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditemui
mati dengan kesan kelar di leher di rumahnya di Taman Kempas di sini, hari ini.C Sivaranjini, 18, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kempas, di sini, ditemui dalam keadaan berlumuran darah dalam bilik tidur oleh bapanya sejurus pulang dari tempat kerja di Singapura pada 10 pagi.
Mangsa berseorangan di
rumah ketika kejadian kerana ibunya turut bekerja di Singapura dan dua adik
lelakinya sedang bersekolah.
Siasatan awal polis mendapati, suspek dipercayai memasuki rumah
mangsa melalui pintu belakang dan kemudian bertindak mengelar leher Sivaranjini
dengan objek tajam sebelum melarikan diri menaiki motosikal.
Berdasarkan maklumat awam, polis mengesan dan menahan tiga lelaki berusia 20 hingga 50 tahun di Kempas, Pasir Gudang dan Senai.
Ketua Polis Johor, DCP Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, yang mengesahkan kejadian berkenaan berkata siasatan terperinci berhubung motif sebenar kejadian itu sedang dijalankan.
"Suspek akan mula ditahan reman esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya kepada pemberita di sini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment