AMPANG -
Taktik seorang guru menggunakan dua anaknya berusia tujuh dan empat tahun ketika berasmara dengan seorang
lelaki bagi mengaburi pihak berkuasa tidak menjadi, apabila dicekup awal pagi
semalam.
Pasangan itu ditahan Penguat Kuasa Pejabat Agama Islam Daerah
Hulu Langat dan Pegawai Masjid Al-Azim dalam operasi cegah maksiat di hotel
murah di Ampang, Taman Seraya dan Pandan Indah, kira-kira jam 2.30 pagi,
selepas mendapat maklumat pasangan
bukan muhrim menjadikan hotel
murah untuk memadu asmara.
Ketika penguat kuasa menyerbu bilik hotel berkenaan, wanita
berusia 28 tahun, yang mengajar di Perak bersama pasangannya berusia 29 tahun
itu bertegas mereka suami isteri, tetapi gagal menunjukkan sijil nikah.
Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Osman berkata, wanita
berkenaan dipercayai membawa anaknya bagi melindungi tindakan jijik bersama
pasangannya.
“Orang ramai akan menyangka pasangan itu suami isteri apabila
ada anak bersama dalam bilik hotel berkenaan, tetapi kami membongkar rahsia
pasangan itu setelah disoal siasat secara berasingan,” katanya.
Beliau berkata, wanita itu berkhidmat sebagai guru sandaran di sebuah sekolah, manakala
pasangannya seorang kontraktor.
“Lelaki berkenaan memakai singlet dan berseluar panjang,
manakala pasangannya berpakaian lengkap dan berkain batik,” katanya.
Di hotel berasingan, sekumpulan pemuzik lelaki perempuan
bukan muhrim dari Singapura dicekup tidur sebilik.
“Difahamkan mereka pertama kali datang ke Kuala Lumpur untuk
membuat persemba-han,” katanya.
Beliau berkata, turut ditahan, seorang lelaki warga Pakistan
bersama pasangannya warga Indonesia.
Wanita yang berusia 26 tahun itu bekerja sebagai pembantu
pelayan restoran, manakala pasangannya berusia 31 tahun itu seorang kontraktor.
Operasi yang bermula jam 10 malam dan berakhir jam 6 pagi itu
mendapat kerjasama Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Ikatan Relawan Rakyat
Malaysia (Rela), Pegawai Masjid Nurrusaadah di Kampung Cheras Baru, Masjid
Nurul Hidayah Kampung Pandan dan Masjid Masjid Ubudiah Kampung Tasek Tambahan.
Operasi dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah
Syariah Jais 1995. Jika sabit kesalahan, boleh didenda RM3,000 atau penjara dua
tahun atau kedua-dua sekali.
- SH
No comments:
Post a Comment