Powered by Blogger.

Monday, January 02, 2012

Pelajar Nigeria Dipantau Ketat Tangani Masalah Keldai Dadah

  NR       Monday, January 02, 2012
Ia bagi menangani masalah ‘keldai dadah’ yang semakin berleluasa, kata Riot

KUCHING: Kerajaan akan memperketatkan pemantauan ke atas pelajar Nigeria yang menuntut di negara ini bagi menangani masalah ‘keldai dadah’ yang semakin berleluasa.

Timbalan Menteri Luar Datuk Richard Riot berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi (IPT) yang terlibat dalam memantau pergerakan dan prestasi pelajar-pelajar berkenaan.

Beliau yang kecewa dengan peningkatan kes ‘keldai dadah’ membabitkan pelajar Nigeria dan warga tempatan tidak teragak-agak untuk membatalkan lesan IPT berkaitan jika didapati gagal berbuat demikian.

“Tahun 2011 merupakan tempoh yang sangat sukar pada saya dan kementerian apabila negara mencatatkan kes ‘keldai dadah’ yang agak tinggi membabitkan warga tempatan dan warga Nigeria.

“Apa yang menyedihkan ialah mereka (warga Nigeria) menggunakan Visa Pelajar untuk menjalankan aktiviti penjualan dadah di negara ini dengan mempergunakan warga tempatan terutama golongan wanita.

“Bimbang dengan keadaan ini, kerajaan bertegas untuk memperketatkan penilaian temu duga pelajar-pelajar dari Nigeria yang datang untuk memohon Visa Pelajar ke negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas perasmian Pusat Kecantikan dan Pengantin Chuchu milik anak perempuannya Michaelina di Lee Ling Heights, Batu 6 ½, Jalan Kuching-Serian di sini semalam.

Ahli Parlimen Serian ini turut kecewa apabila seorang lagi wanita warga tempatan dari Kampung Annah Rais dekat Padawan menjadi mangsa ‘keldai dadah’ baru-baru ini.

Wanita malang berumur 23 tahun itu ditangkap di Sydney pada 25 Disember 2011  kurang sebulan selepas kes kelima di Sarawak atas kesalahan membawa dadah.

Enggan mengulas lebih lanjut mengenai kes terbaru tersebut dan yang keenam di Sarawak, Riot berharap wanita-wanita muda terutama ibu tunggal berhati-hati dan tidak terperdaya dengan kata-kata manis kenalan dari Nigeria yang mencurigakan.

Beliau yang tidak menafikan tidak semua warga Nigeria berniat jahat, turut berpendapat pemantauan tegas adalah pendekatan yang paling wajar ketika ini daripada menyekat terus kemasukan pelajar Nigeria ke Malaysia.

Dalam pada itu Sarawak mencatat sebanyak enam kes ‘keldai dadah’ membabitkan wanita tempatan yang masing-masing dua daripada kaum Melayu, Bidayuh dan Iban.

- UB
logoblog

Thanks for reading Pelajar Nigeria Dipantau Ketat Tangani Masalah Keldai Dadah

Previous
« Prev Post

No comments: