Kerjasama dengan Kazakh State Women’s Teacher Training University dan Pavlodar State Pedagogical Institute itu turut melibatkan pertukaran penuntut selain membuka peluang pihak terbabit meneroka program yang lebih dinamik pada masa depan.
UPSI diwakili Naib Canselornya Prof Datuk Dr Zakaria Kasa, sementara Kazakh State Women’s Teacher Training University diwakili Naib Rektor Dr Alma K. Ryskaliyeva manakala Pavlodar State Pedagogical Institut oleh Naib Rektor Dr Yerbol M. Isakayev.
Bercakap pada sidang media selepas itu, Zakaria berkata, UPSI berharap untuk menghasilkan lebih banyak penyelidikan dan penerbitan menerusi MoU tersebut, selain meningkatkan kualiti penuntut dan tenaga pengajar menerusi program pertukaran.
Sementara itu, Ryskaliyeva berkata, pihaknya berbangga kerana dapat bekerjasama dengan institut perguruan tertua di Malaysia.
Isakayev pula berkata, pihaknya akan menggunakan sebaiknya peluang bekerjasama dengan UPSI untuk meningkatkan kecemerlangannya institusinya. — Bernama
No comments:
Post a Comment