Powered by Blogger.

Wednesday, February 29, 2012

130 Warga YPJ Sertai Program Hari Jalan Kaki Sedunia Anjuran Nestle

  NR       Wednesday, February 29, 2012

MOHD. Abdul Basid Talib (depan, kiri) mengetuai Program Hari Jalan Kaki Sedunia di Kampung Ungku Mohsin, Johor Bahru, baru-baru ini.

JOHOR BAHRU 28 Feb. – Kira-kira 130 penuntut dan tenaga pengajar Kolej Komuniti Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) Ungku Mohsin di sini, menyertai Program Hari Jalan Kaki Sedunia anjuran Nestle baru-baru ini.

Para peserta yang diketuai Pengurus Kolej Komuniti YPJ Johor Bahru, Mohd. Abdul Basid Talib berjalan kaki di sepanjang Jalan Ahad dan Isnin, sejauh kira-kira dua kilometer di Kampung Ungku Mohsin di sini.

Mohd. Abdul Basid berkata, program itu bertujuan memupuk gaya hidup sihat dan cergas dalam kalangan penuntut dan kakitangan kolej berkenaan.

“Hari Rabu setiap minggu dijadikan sebagai hari riadah warga YPJ melibatkan sesi senamrobik, tarian zapin, futsal dan bola tampar.

“Berjalan juga merupakan cara terbaik untuk kita beriadah kerana ia mampu menggerakkan semua otot dalaman dan luaran. Dengan kekerapan berjalan, ia boleh mengurangkan risiko pelbagai jenis penyakit termasuk jantung,” katanya.

Beliau berkata, penuntut khususnya perlu menjadikan senaman berjalan kaki sebagai rutin harian supaya dapat membina kecergasan diri selain menjana kecerdasan minda menghadapi pengajian masing-masing.

“Selain itu, program ini juga dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim serta membentuk jaringan kerjasama yang lebih erat dengan kakitangan YPJ,” katanya.

- Utusan
logoblog

Thanks for reading 130 Warga YPJ Sertai Program Hari Jalan Kaki Sedunia Anjuran Nestle

Previous
« Prev Post

No comments: