Gambar Hiasan
Sebelum ini kerajaan
melalui jawatankuasa yang telah dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara
(KSN) dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), serta wakil Kesatuan
Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) setelah melaksanakan kaji selidik di
19 buah sekolah di Melaka Tengah memutuskan untuk melaksanakan projek perintis
tersebut sebagai usaha memantapkan perkhidmatan perguruan di negara kita. Empat
buah negeri yang terlibat ialah Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak.
Lantaran daripada
cadangan ini pelbagai pihak, meliputi individu guru serta kesatuan perguruan
dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO), bukan sahaja dari empat buah negeri
terbabit tetapi dari seluruh negara melontarkan rasa tidak puas hati serta
keberatan untuk bersetuju dengan cadangan terbabit. Mereka memberikan pelbagai
alasan dan justifikasi yang logik dan wajar.
Justeru pengumuman
Muhyiddin ini dilihat cukup melegakan golongan ini di seluruh negara. Walaupun
projek perintis ini dikatakan bertujuan memantapkan lagi perkhidmatan
perguruan, keluh kesah yang dilahirkan oleh guru akhirnya berjaya meletakkan
titik noktah kepada cadangan tersebut.
Keputusan ini sekaligus
menunjukkan dan membuktikan betapa kerajaan prihatin dan bersedia untuk
mendengar denyut nadi pelbagai lapisan rakyat walaupun setelah sesuatu
keputusan itu dibuat dan hanya menunggu masa untuk dilaksanakan.
Ternyata kerajaan sekali
lagi bijak menangani isu berkepentingan awam seperti ini dengan berhemah. Hal
ini penting kerana seperti kata Muhyiddin, profesion perguruan ada
keistimewaannya tersendiri. Ia berbeza dengan perkhidmatan awam yang lain
justeru guru tidak boleh dibebankan lagi dengan perkara lain seperti ini.
Walaupun ramai yang masih
bertanggapan bahawa kerja guru mudah, boleh balik awal, kerja separuh hari dan
mempunyai cuti yang panjang, tidak ramai yang sedar, tahu dan menyelami hakikat
sebenar tugas seorang pendidik.
Tidak ramai yang sedar
guru perlu bekerja sehingga lewat petang walaupun mengajar sesi pagi, terpaksa
bekerja di hujung minggu serta melayan pelbagai karenah anak murid dan juga ibu
bapa sepanjang masa. Itu belum lagi soal tugas perkeranian yang semakin
bertambah. Hakikatnya waktu kerja guru bukanlah mengikut jadual kerja seperti
penjawat awam yang lain iaitu lapan pagi hingga lima petang. Kerja dan
tanggungjawab mereka berterusan sepanjang masa iaitu 24 jam tanpa mengira hari
dan waktu.
Justeru adalah tepat dan
bijak apabila kerajaan menyedari hakikat dan pengorbanan para guru ini,
seterusnya membatalkan projek perintis tersebut yang seolah-olah mewajibkan
guru bekerja selama sembilan jam sehari tanpa menyedari hakikat bahawa pada
hari ini kebanyakkan guru sudahpun bekerja sembilan jam ataupun lebih. Yang
pasti mereka tidak pernah merungut mahupun menuntut apa-apa pembalasan.
Semoga keputusan kerajaan
ini akan meningkatkan lagi motivasi dan semangat guru untuk terus berkhidmat
dalam mendidik dan membentuk anak bangsa.
Diharapkan juga agar para guru akan terus menghargai segala
keprihatinan yang ditunjukkan oleh pihak kerajaan terhadap kebajikan mereka
serta profesion perguruan secara keseluruhannya selama ini.
Utusan Malaysia Online: 29 November 2011
Utusan Malaysia Online: 29 November 2011
No comments:
Post a Comment