Powered by Blogger.

Wednesday, February 29, 2012

300 Pelajar, Penduduk Sertai F.I.K.I.R 2012

  NR       Wednesday, February 29, 2012
SEBAHAGIAN ahli akademik UTeM menyertai Program Perkongsian Ilmu UTeM dan F.I.K.I.R 2012, Kulaijaya, baru-baru ini.

KULAIJAYA 28 Feb. – Lebih 300 peserta pelbagai peringkat usia, baik pelajar atau penduduk, mengikuti Program Perkongsian Ilmu Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Komuniti Tenggara 2012 (F.I.K.I.R 2012) yang diadakan di Mini Stadium Bandar Tenggara di sini, baru-baru ini.

Pengarah program, Dr. Janatul Islah Mohammad berkata, program perkongsian ilmu yang dianjurkan itu adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran komuniti setempat melalui perkongsian ilmu yang dilaksanakan oleh pihak universiti.

“Selain itu meningkatkan kesedaran dalam penglibatan mereka sebagai modal insan, ianya juga bagi merapatkan hubungan antara para ilmuan UTeM dengan masyarakat luar terutama dalam proses membudayakan ilmu pengetahuan.

“Sejajar dengan kepakaran dan kemahiran yang bersifat intelektual dikalangan para ahli akademiknya, kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi melakukan inisiatif dengan menggalakkan usaha institut pengajian tinggi (IPT) untuk turun padang berkongsi pengetahuan dan kemahiran dikalangan masyarakat setempat,” katanya.

Program anjuran bersama Biro Pelajaran UMNO Bahagian Tenggara dan Biro Pelajaran Pemuda UMNO Bahagian Tenggara serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Masyarakat (JKKM) Bandar Tenggara itu di sempurnakan oleh Ketua UMNO Bahagian Tenggara, Datuk Baderi Dasuki.

Turut hadir Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique dan Pengerusi Biro Pelajaran UMNO Bahagian Tenggara, Nasarudin Ahmad serta Pengerusi Biro Pelajaran Pemuda UMNO Bahagian Tenggara, Hahasrin Hashim.

Sebanyak lima komponen projek dan melibatkan sasaran penyertaan seramai 300 orang komuniti iaitu Usahawan Remaja (Facebook); Mesra IT (asas teknologi maklumat); Kongsi dan Amal (sesi motivasi pelajar); Bijak Niaga (penyediaan rancangan perniagaan) dan Rempit Sihat (asas permotoran yang selamat).

Sementara itu, Nasarudin berkata, program yang menekankan penghayatan ilmu melalui pemerkasaan lima komponen projek itu diadakan pertama kali di adakan di sini.

“Program ini adalah peluang kepada masyarakat dan sebagai motivasi kepada anak-anak serta pelajar berpeluang menimba ilmu yang dibawa oleh para ahli kademik UTeM. Diharap ia dapat membatu menzahirkan modal insan yang berupaya berfikir dengan kreatif dan kritis serta mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat,” katanya.

- utusan
logoblog

Thanks for reading 300 Pelajar, Penduduk Sertai F.I.K.I.R 2012

Previous
« Prev Post

No comments: