Powered by Blogger.

Tuesday, February 14, 2012

34 Sekolah Baru Di Sabah & Sarawak Akan Dibina Guna Sistem IBS

  NR       Tuesday, February 14, 2012

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan telah memutuskan untuk membina 34 sekolah di Sarawak dan Sabah menggunakan sistem binaan berindustri (IBS) sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Luar Bandar.
Daripada jumlah itu, Perdana Menteri berkata sembilan sekolah akan dibina di Sarawak manakala 25 lagi di Sabah. "Penggunaan IBS dapat mempercepatkan proses pembinaan sekolah dalam tempoh dua bulan berbanding dua tahun melalui kaedah pembinaan ketika ini dan menjimatkan kos," katanya pada sidang media selepas merasmikan Minggu Pembinaan Antarabangsa 2012 di sini.
Najib berkata kerajaan juga menimbang untuk mengunakan sistem IBS bagi membina hospital dan balai polis baharu di luar bandar dan bandar pada masa hadapan.
Katanya langkah itu juga seiringan dengan evolusi yang dilakukan syarikat tempatan dari konsep pembinaan tradisional kepada sistem IBS.
Syarikat-syarikat pembinaan yang terlibat dalam pembangunan rumah nelayan di seluruh negara dan projek perumahan untuk generasi kedua Felda seperti yang diumumkan sebelum ini turut disyorkan menggunakan sistem IBS.
Sementara itu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata tender bagi membina 34 sekolah menggunakan sistem IBS akan ditutup pada minggu hadapan.
"Projek ini akan bermula pada bulan March dan hasilnya dijangka dapat dilihat pada pertengahan April," katanya. -BERNAMA
logoblog

Thanks for reading 34 Sekolah Baru Di Sabah & Sarawak Akan Dibina Guna Sistem IBS

Previous
« Prev Post

No comments: