Powered by Blogger.

Tuesday, February 14, 2012

SJK (C) Pujut Sekolah Rendah Pertama Lancar e-Bilik Darjah di Miri

  NR       Tuesday, February 14, 2012

Sebastian Ting menyaksikan pelancaran e bilik darjah di SJK (C) Pujut.

PUJUT, 11 Februari — SJK (c) Pujut mengambil langkah proaktif dan progresif dengan melaksanakan e bilik darjah untuk murid-murid melengkapkan diri dengan kemahiran teknologi maklumat.
Ia merupakan sekolah rendah pertama di Miri mempunyai e bilik darjah sebagai bilik darjah untuk mengajar komputer. Setiap kelas dilengkapi dengan komputer desktop, projektor LCD untuk kemudahan guru dan murid-murid mengikuti sesi pembelajaran.
Setakat ini, sekolah tersebut mempunyai 30 e bilik darjah. Ia disediakan oleh Multibytes Computer System Sdn Bhd yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan.
Setiausaha Politik Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Dato’ Sebastian Ting berkata, beliau yakin langkah melaksanakan e bilik darjah ini wajar untuk mendedahkan murid-murid dengan pengetahuan dan kemahiran teknologi maklumat komunikasi (ICT).
“Kerajaan amat komited dalam melaksanakan satu komputer untuk satu keluarga, sehubungan itu kerajaan memberi 6,080 komputer riba kepada 16 sekolah menengah di Miri. Kita berharap dapat memperluaskan bantuan ini di sekolah rendah,” katanya pada pelancaran e bilik darjah di SJK (C) Chung Hua Pujut.
Sebastian turut mengucapkan tahniah kepada warga sekolah kerana mengambil inisiatif untuk menyediakan e bilik darjah.
“Hari ini anak-anak kita hidup dalam dunia tanpa sempadan di mana pengetahuan boleh diakses bila-bila masa.”
Beliau turut menasihatkan ibu bapa agar sentiasa memantau anak-anak mereka semasa melayari internet untuk menggelakkan mereka terpengaruh dengan elemen negatif.
- Miri Today
logoblog

Thanks for reading SJK (C) Pujut Sekolah Rendah Pertama Lancar e-Bilik Darjah di Miri

Previous
« Prev Post

No comments: