Powered by Blogger.

Monday, February 13, 2012

888 murid susun 8,880 sampul angpau bentuk naga

  NR       Monday, February 13, 2012

PONTIAN 12 Feb. - Angka lapan sinonim dengan kemakmuran dan kemewahan hidup dan ia menjadi pilihan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yu Ming 1, Pekan Nanas, dekat sini apabila seramai 888 muridnya menyusun 8,880 sampul angpau membentuk lakaran seekor naga semalam.

Guru Besar, Tan Kee Teng berkata, program melibatkan murid tahun satu hingga tahun enam itu adalah unik kerana setiap murid membawa sendiri 10 sampul angpau sebelum disusun selama tiga jam dengan bantuan guru-guru.

"Penggunaan sampul angpau adalah simbolik kepada tradisi pemberiannya setiap kali Tahun Baru Cina disambut di seluruh dunia. Program tahunan yang dianjurkan pihak sekolah bertujuan menghidupkan semangat perpaduan di kalangan pelajar, guru dan warga sekolah SJK (C) Yu Ming 1.

"Tahun lepas kami menggunakan limau mandarin tetapi tahun ini kami tukar kepada sampul angpau pula," katanya di sini semalam.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup, Datuk Md. Othman Yusof dan Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Pontian, Hamid Selamat.

Sementara itu, Md. Othman Yusof berkata, semangat kerjasama guru dan murid dalam program ini harus berkekalan bagi meningkatkan mutu pendidikan negara dan ibu bapa sewajarnya memberi sokongan dalam usaha tersebut.

Beliau bangga kerana SJKC Yu Ming 1 turut mempunyai murid Melayu dan India bagi memberikan peluang kepada mereka untuk berinteraksi sejajar dengan semangat 1Malaysia.

- Utusan
logoblog

Thanks for reading 888 murid susun 8,880 sampul angpau bentuk naga

Previous
« Prev Post

No comments: