Chef dan kakitangan berpengalaman sibuk menyediakan hidangan Barat di KFCH International College, Johor Bahru, baru-baru ini.
JOHOR BAHRU 21 Feb. - KFCH International College kini memiliki satu daya tarikan baru yang bukan saja mencetus minat warga kolejnya malah orang luar yang ingin menikmati makanan Barat pada harga berpatutan melalui Chill Coffee House yang baru dibuka di kampusnya di Bandar Dato' Onn bulan lalu.
Ketua Jabatan Makanan dan Minuman, Md. Hisham Hassan berkata, lebih 100 pilihan menu boleh dinikmati pengunjung pada harga istimewa malah suasana kontemporari yang diwujudkan melalui hiasan dalaman di kemudahan terbaru itu mewujudkan suasana eksklusif dan tenang.
"Antara yang istimewa dan dijangka mendapat sambutan adalah chicken roulade, baked norwegian salmon serta trio dessert platler dengan harga serendah RM10.90 hingga RM25.90. Tidak ketinggalan pilihan makanan tempatan bagi pengunjung yang ingin mencuba sesuatu yang baru.
"Malah, sempena pembukaan, kami turut menawarkan promosi hujung minggu seisi keluarga pada hari Sabtu dan Ahad dari pukul 12 tengah hari hingga 6 petang dengan harga RM19 bagi kanak-kanak dan RM35 untuk dewasa," katanya pada Majlis Pembukaan Chill Coffee House di KFCH International College, di sini baru-baru ini.
Jelas Hisham, Chill Coffe House diselia oleh kakitangan dan chef berpengalaman sejak ia dibuka awal tahun ini dengan kakitangan yang terlatih dan makanan yang diyakini status halalnya.
Katanya, KFCH International College juga membuka peluang kepada pelajar yang mengambil jurusan hospitaliti untuk menimba pengalaman dan ilmu di sini.
"Chill Coffee House beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 7 malam pada hari biasa dan 8 pagi hingga 7 malam Sabtu dan Ahad. Kami juga memberi baucar RM10 bagi setiap pelanggan yang membelanjakan lebih RM100 setiap kali datang ke sini," katanya.
Sumber: Utusan
No comments:
Post a Comment