Powered by Blogger.

Tuesday, February 14, 2012

IPT Boleh Bantu Tingkat Pencapaian Atlet Negara

  NR       Tuesday, February 14, 2012
PUTRAJAYA - Institusi pengajian tinggi (IPT) boleh membantu meningkatkan pencapaian atlet negara dengan memberi tumpuan kepada kejuruteraan sukan, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.


Sambil memberi contoh, beliau berkata, bahawa di England, University of Southampton telah mereka pakaian renang khas untuk perenang United Kingdom.
"Sejauh mana peralatan dan pakaian sukan dapat membantu atlet negara, seperti di negara-negara maju? Kita rasa kita perlu lakukan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan kementerian itu di sini hari ini.
Beliau berkata Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah menyahut cabaran seperti itu dengan membuat R&D berhubung penggunaan kain lilit kepala dan kasut khas bagi meningkatkan prestasi pemain sepak takraw negara.
Katanya, Kementerian Pengajian Tinggi telah menyalurkan peruntukan RM1.4 juta sejak 2007 khusus untuk merancakkan aktiviti R&D dalam bidang sukan bagi universiti-universiti tempatan.
Daripada 26 Geran Penyelidikan Sukan ditawarkan, 12 daripadanya telah berjaya disiapkan sepenuhnya dan akan digunakan sebagai panduan bukan sahaja untuk pembangunan sukan di IPT tetapi juga di peringkat nasional. — BERNAMA, 13 Feb

logoblog

Thanks for reading IPT Boleh Bantu Tingkat Pencapaian Atlet Negara

Previous
« Prev Post

No comments: