Powered by Blogger.

Tuesday, February 14, 2012

Penyelidik Muda Unimap Menang Anugerah Utama AIA

  NR       Tuesday, February 14, 2012
KANGAR 13 Feb. — Penyelidik muda Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Nabilah Yahya meraih anugerah utama Asia Invention Association (AIA) pada pameran penyelidik muda antarabangsa (IYIE) 2012 yang berlangsung selama empat hari di Tainan, Taiwan.
Pelajar Pusat Pengajian Sistem Elektrik itu menghasilkan reka cipta “Agnetic Pitched Vertical Axis Wind Turbine for Low Wind Speed Area” iaitu produk yang boleh menghasilkan tenaga elektrik menggunakan turbin angin walaupun dalam kelajuan angin yang rendah.
Menurut kenyataan Unimap hari ini, produk ciptaan pelajar berusia 22 tahun itu berkeupayaan menyimpan tenaga elektrik untuk kegunaan kecemasan dan para penilai yang tertarik dengan produk itu memilihnya untuk menerima anugerah utama AIA dengan menerima hadiah wang tunai T$1000 selain menerima pingat emas.
Nabilah yang dihubungi di Taiwan pada hari terakhir IYIE 2012 hari ini melahirkan rasa gembira dengan kejayaan itu memandangkan saingan yang diterima daripada para penyelidik muda lainnya adalah amat sengit.
"Lebih 1,000 penyertaan diterima pada pusingan awal dan saya tidak meletakkan sebarang sasaran sebaliknya hanya mengharapkan dapat memasuki pusingan akhir yang dikhaskan untuk 300 produk terbaik,” katanya.
Nabilah adalah antara 24 penyelidik muda Malaysia yang menyertai IYIE 2012 yang berlangsung di Universiti Far East, Tainan bermula 10 Feb lalu dan berakhir hari ini yang turut disertai penyelidik muda dari Jepun, Korea Selatan, China, Hong Kong, Kanada, Australia, Thailand, Vietnam dan Taiwan.— BERNAMA
logoblog

Thanks for reading Penyelidik Muda Unimap Menang Anugerah Utama AIA

Previous
« Prev Post

No comments: