Isteri jurulatih itu yang mahu dikenali sebagai Puan Hoe berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh sesetengah pihak termasuk pihak media dilihat mengganggu ketenteraman mereka sekeluarga.
Sehubungan itu, Hoe menggesa, mana-mana pihak yang ada mengeluarkan kenyataan atau laporan mengenai dakwaan salah laku suaminya diminta menarik balik semua kenyataan itu.
“Dia (suami) belum lagi disabitkan bersalah melakukan perbuatan mencabul itu. Selain itu, tiada bukti yang menunjukkan dia melakukan perbuatan tersebut.
“Oleh itu, sana memberi masa seminggu untuk semua pihak yang ada mengeluarkan laporan atau kenyataan mengenai perkara itu agar menarik balik,” katanya ketika ditemui di pejabat Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA Petaling Jaya di sini hari ini.
Pada 18 Februari lalu, seorang bapa kepada mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian cabul yang menimpa anak perempuannya kira-kira enam bulan lalu.
Difahamkan, kejadian malang yang menimpa anak perempuan berusia 14 tahun itu berlaku di sekolah ketika mangsa dan beberapa pelajar lain sedang menjalani latihan.
Selain itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan mengenai laporan polis itu dan menjalankan siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Tambah Hoe, emosi ahli keluarga sedikit terganggung ekoran penyebaran dakwaan tersebut hingga mereka sekeluarga malu untuk keluar rumah.
Sementara itu Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Theng Book berkata, menegaskan bahawa beliau tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam hal ini.
Jelasnya, beliau bersedia menjadi orang tengah dalam perkara tersebut termasuk mengadakan perjumpaan antara keluarga mangsa dengan jurulatih pengakap terbabit.
“Usaha saya ini tidak akan mengganggu siasatan pihak polis dan saya hanya ingin mengeruhkan keadaan,” katanya. – mynewshub.my
No comments:
Post a Comment