Powered by Blogger.

Wednesday, February 22, 2012

Kerajaan Tidak Pernah Pinggirkan Sekolah Bantuan Cina Di Sarawak

  NR       Wednesday, February 22, 2012

SIBU, 21 Feb (Bernama) -- Kementerian Pelajaran tidak pernah meminggirkan sekolah-sekolah rendah Cina bantuan kerajaan di Sarawak daripada segi peruntukan geran, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong.

Menafikan dakwaan parti pembangkang bahawa kerajaan bertindak demikian, beliau berkata hakikatnya adalah Sarawak menerima geran paling banyak berbanding negeri-negeri lain.

"Dari tahun 2008 hingga tahun lepas, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM57 juta yang sebahagian besarnya untuk memperbaiki bangunan dan menyediakan infrastruktur pendidikan," kata beliau selepas mengadakan dialog tertutup dengan wakil-wakil lembaga pengelola sekolah berkenaan dari Sibu, Kapit dan Mukah Selasa.

Pada tahun lepas sahaja, kata beliau kementerian memberikan peruntukan kira-kira RM20 juta kepada Sarawak.

-- BERNAMA
logoblog

Thanks for reading Kerajaan Tidak Pernah Pinggirkan Sekolah Bantuan Cina Di Sarawak

Previous
« Prev Post

No comments: