Powered by Blogger.

Wednesday, February 29, 2012

Muhd. Yusri Yatim Terima Anugerah Tokoh Pelajar Dandanan Rambut Aimi Academy

  NR       Wednesday, February 29, 2012

MuhD. Yusri Yatim (kanan) menerima Anugerah Tokoh Pelajar Dandanan Rambut daripada Saifuddin Abdullah pada Majlis Konvokesyen Aimi Academy kali ke-3 di Pusat Konvoksyen UPM di Serdang, baru-baru ini.

BANGI 21 Feb. - Dorongan ibu memberi semangat kepada Muhd. Yusri Yatim untuk berjaya dalam pelajaran sehingga melayakkannya menerima Anugerah Tokoh Pelajar Dandanan Rambut pada Majlis Konvokesyen Aimi Academy kali ketiga baru-baru ini.

Lebih menggembirakan apabila kejayaan diraihnya itu adalah hasil paksaan daripada ibu yang meminta menyambung pelajaran dalam bidang tersebut berikutan bakat besar yang ada di dalam dirinya.

"Mulanya saya langsung tidak meminati bidang ini, namun ibu memberitahu saya ada bakat yang besar dalam dandanan rambut.

"Sekadar mencuba dan akhirnya minat itu berjaya dipupuk hari demi hari. Alhamdulillah, inilah kejayaan yang dikecapi hasil dorongan daripada keluarga, rakan-rakan serta pensyarah yang tidak jemu mendidik saya," katanya.

Muhd. Yusri merupakan salah seorang daripada lebih 200 graduan yang menerima sijil kemahiran masing-masing daripada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifudin Abdullah pada majlis yang berlangsung di Pusat Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini.

Hadir sama ialah Pengarah Besar Aimi Academy, Azizah Omar dan Pengarah Urusannya, Aimi Marlina Omar.

- Utusan
logoblog

Thanks for reading Muhd. Yusri Yatim Terima Anugerah Tokoh Pelajar Dandanan Rambut Aimi Academy

Previous
« Prev Post

No comments: