Powered by Blogger.

Wednesday, February 29, 2012

SMK Bandar Baru Sentul Juara Gamelan

  NR       Wednesday, February 29, 2012

SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Sentul Kuala Lumpur dinobat sebagai juara Pertandingan Gamelan antara sekolah-sekolah sekitar Wilayah Persekutuan.

Menurut kenyataan Istana Budaya (IB), pertandingan yang berlangsung baru-baru ini turut mengangkat Ahmad Zaidyansyah Rudyansyah dari sekolah tersebut sebagai pemain gamelan terbaik.

Jelasnya, pertandingan yang julung-julung kali diadakan itu merupakan kesinambungan daripada bengkel gamelan yang dianjurkan oleh IB pada Januari lalu.

"Bengkel tersebut diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar dan guru-guru terhadap muzik tradisional yang kian dilupakan pada masa kini.

"Ia mendapat sambutan yang memberangsangkan dengan kira-kira 20 sekolah menyertainya dan sekali gus dapat memperluaskan lagi muzik berkenaan di kalangan generasi muda," kata kenyataan itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pertandingan anjuran Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan dengan kerjasama IB itu dirasmikan oleh Ketua Pengarah IB, Datuk Mohamed Juhari Shaarani.

Pertandingan tersebut terbahagi kepada dua kategori iaitu alunan muzik tradisional dan alunan muzik kontemporari.

SMK Bandar Baru Sentul mengungguli kategori alunan muzik tradisional manakala SMK Cheras pula johan alunan muzik kontemporari.

Pada pertandingan itu juga, SMK Jalan Peel menerima hadiah khas juri.

- Utusan, 27 / 02/ 2012
logoblog

Thanks for reading SMK Bandar Baru Sentul Juara Gamelan

Previous
« Prev Post

No comments: